Guling kerajaan PN perlihatkan tindakan tidak matang, diktator politik

August 13, 2021

Isu yang sangat menarik dalam situasi politik sekarang adalah apakah UMNO akan mampu menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah ia mengambil keputusan drastik untuk mengarahkan Ahli-Ahli Parlimennya keluar daripada kerajaan PN dan mengundi tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) pada 3 Ogos.