Saya tidak merajuk dan boikot, kata bekas ADUN BN tak tercalon

November 9, 2021 · Opinion

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman menafikan merajuk selepas namanya tidak tercalon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Hasan menolak dakwaan senarai calon PRN yang dipilih adalah kerana mereka berada dalam kem Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan berjanji akan berjuang untuk memberi kemenangan kepada calon yang bertanding.

“Tiada istilah merajuk dalam diri saya. Saya akan terus berjuang untuk memastikan kemenangan calon yang dipilih parti pada pilihan raya ini,” katanya dipetik laporan portal BH.

Beliau turut berjanji akan membantu kempen bagi calon yang terpilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak memboikot kempen pilihan raya hanya kerana tidak tercalon.

“Saya akan berhabis-habisan berkempen dan turun padang untuk memastikan kemenangan calon. Saya tidak merajuk, apatah lagi hendak memboikot pilihan raya ini kerana saya orang parti dan akan berjuang habis-habisan untuk parti,” katanya lagi.

Ketua UMNO Bahagian Jasin dan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Jasin itu antara 10 penyandang kerusi DUN yang digugurkan pada PRN kali ini.

Beliau dipilih sebagai calon BN di DUN Sungai Rambai selama tiga penggal sejak 2008.

Jumaat lalu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menamakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Siti Faizah Abd Azis sebagai calon bagi kerusi DUN Sungai Rambai.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Opinion terkini
Tak perlu rehatkan Sivakumar yang sedang disiasat, kata AMK
April 24, 2023 · Opinion
Kabinet tak pernah bincang isu pengampunan Najib, kata DAP
April 10, 2023 · Opinion
MIC serah kepada PM tentukan PRU-15 diadakan
December 12, 2021 · Opinion
Seperti dijangka, Pemuda UMNO Kuala Terengganu bawa usul bubar Parlimen
December 11, 2021 · Opinion
Tanding bebas, Bersatu teliti tindakan terhadap calon DUN Krian
December 6, 2021 · Opinion
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok