Khalid akui ketulenan sokong surat pindah tanah, beri penjelasan

September 27, 2021 · Opinion

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad membuat pengakuan ketulenan surat permohonan pindah tanah yang mempunyai catatannya selepas pendedahan sebuah portal dan memberi penjelasan berhubung dakwaan terhadapnya sebelum ini.

Ahli Parlimen Shah Alam tersebut tidak mempertikaikan kandungan surat yang didedahkan portal tersebut, sebaliknya berkata catatan itu tidak bermakna beliau memberi kelulusan kepada syarikat pemaju tersebut untuk mendapatkan tanah yang dimohon mereka.

“Perkataan yang lebih sesuai digunakan mungkin adalah ‘mohon dipertimbangkan’ atau ‘diharap pihak tuan meneliti perkara ini’ namun ayat “harap dapat diluluskan kerana..” tidak juga merupakan arahan. Ianya berbeza dengan “Sila luluskan”.

“Namun, saya pertegaskan di sini, permintaan saya agar tanah ini diluluskan adalah untuk keperluan memenuhi wawasan mendapatkan satu juta rumah mampu milik di Kuala Lumpur. Tanpa tanah, di manakah rumah ini hendak dibina,” kata Khalid dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga berkata pemohon tersebut bertujuan untuk mendapatkan tanah di Kuala Lumpur bagi membuat projek pembangunan bercampur termasuk 54% darinya adalah rumah mampu milik.

“Selepas menerima surat pertama dari pemohon, saya telah mengarahkan Setiausaha Politik saya, Saudara Azli Yusof untuk merujuk perkara ini kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui perancangan penggunaan tanah berkenaan sekiranya ada.

“Hampir setahun kemudian, selepas saya menerima surat kedua, barulah saya memohon Exco Tanah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk mempertimbangkan kelulusan permohonan ini selepas mendapat gambaran yang jelas mengenai status tanah ini dari PTG dan DBKL,” ujarnya lagi.

Khalid juga menjelaskan catatan dalam surat pemaju tersebut sekadar memberikan pandangan kerana permohonan tersebut selaras dengan wawasan Kementerian Wilayah Persekutuan ketika itu.

“Saya sendiri tidak ada dalam Exco Tanah Kuala Lumpur dan Exco ini bukan di bawah kuasa saya. Oleh itu wajar saya memberikan pandangan mengenai cadangan pembangunan ini secara bertulis.

“Saya mencadangkan agar permohonan ini diluluskan kerana ia selaras dengan wawasan Kementerian Wilayah Persekutuan ketika itu iaitu untuk menghasilkan satu juta rumah mampu milik di Kuala Lumpur,” terangnya lagi.

Terdahulu, pada 24 September lalu, sebuah portal mendedahkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan minit sokongan kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk mendapatkan kelulusan bagi memindahkan plot tanah pada 2019.

Portal itu mendakwa Menteri tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen secara peribadi memastikan surat rayuan daripada pemaju tersebut ditangani sendiri oleh pembantunya dan datuk bandar.

Pemaju tersebut dikatakan menulis surat kepada Menteri itu memohon untuk mendapatkan sebuah plot tanah Kuala Lumpur bagi tujuan pembangunan bercampur.

Surat tersebut didakwa menulis surat rayuan kepada Menteri sekitar Disember 2018.

Terdahulu, permohonan tersebut sudah diluluskan PTG pada Disember 2017 tetapi dibatalkan pada November 2018.

Persoalan timbul memandangkan permohonan Menteri tersebut dilakukan ketika kerajaan PH berkata tidak mahu mengamalkan budaya menulis surat sokongan oleh ahli politik bagi permohonan tender atau projek.

Berita berkaitan
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
Wartawan tanya lain tapi PMX jawab benda lain, melilau bagi jawapan
October 4, 2023· Politik
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023· Politik
Kalah tapi ada peningkatan undi, calon PN di Simpang Jeram berpuas hati keputusan
September 10, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Opinion terkini
Tak perlu rehatkan Sivakumar yang sedang disiasat, kata AMK
April 24, 2023 · Opinion
Kabinet tak pernah bincang isu pengampunan Najib, kata DAP
April 10, 2023 · Opinion
MIC serah kepada PM tentukan PRU-15 diadakan
December 12, 2021 · Opinion
Seperti dijangka, Pemuda UMNO Kuala Terengganu bawa usul bubar Parlimen
December 11, 2021 · Opinion
Tanding bebas, Bersatu teliti tindakan terhadap calon DUN Krian
December 6, 2021 · Opinion
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok