Zuki dilantik semula KSN

August 11, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk tempoh dua tahun lagi, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Pelantikan semula beliau sebagai penjawat awam tertinggi negara diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan akan berkuat kuasa mulai 11 Ogos (Khamis) hingga 10 Ogos 2024.

“Pelantikan semula adalah berdasarkan kepentingan negara kerana khidmat beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan,” kata PMO dalam satu kenyataan pada Khamis (11 Ogos).

Mohd Zuki, yang genap 60 tahun pada Khamis, memegang jawatan pada 1 Januari 2020, menggantikan Tan Sri Dr Ismail Bakar.

Anak kelahiran Terengganu yang berkelulusan Sarjana dari Universiti Nanyang, Singapura dalam bidang pengurusan perniagaan mempunyai pengalaman lebih kurang 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Terkenal dengan pengalaman luasnya, Mohd Zuki pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Pendidikan, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Perumahan serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau juga bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha di Kementerian Pertahanan dan merupakan Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Berita berkaitan
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
35 minit lalu· Uncategorized
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
September 28, 2022· Dunia
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
September 26, 2022· Politik
Kenapa ramai sangat ikut PM ke New York dan berapa kosnya? soal Salahuddin
September 25, 2022· Politik
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
1 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok