Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar

September 26, 2022 · Isu semasa

Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad memohon supaya notis usul difailkannya bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen, yang memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta, didengar bersama permohonan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin di hadapan hakim sama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Zizie Izette berkata pihaknya memohon agar, permohonan itu dipindahkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid ketika sebutan kes itu hari ini.

Azhar kemudian menetapkan 17 Oktober ini untuk mendengar permohonan berkenaan, menurut Bernama.

Sepatutnya, kes Zizie Izette didengar di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah manakala kes Bung Moktar di hadapan Azhar.

Pada 23 September lepas, Hakim Sequerah membenarkan permohonan Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, untuk menangguhkan perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen, selepas pasangan itu memfailkan notis usul untuk menyemak semula dan mengetepikan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen pada 2 September lepas.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya selaku pemohon, memfailkan permohonan semakan secara berasingan pada 19 September, antara lain memohon Mahkamah Tinggi memanggil dan memeriksa rekod prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen, yang mendengar dan memutuskan mereka membela diri terhadap pertuduhan rasuah dan bersubahat.

Dalam permohonan itu, kedua-duanya memohon perintah Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan yang disampaikan Mahkamah Sesyen.

Kedua-dua pemohon berkata hakim yang mendengar perbicaraan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta, apabila memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan pemohon menerima suapan daripada dua ejen pelaburan, yang merupakan saksi utama dalam kes itu.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Rozina Ayob menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan bagi pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai status perkembangan permohonan pasangan suami isteri itu.

“Tarikh bicara (bela diri) yang dijadualkan pada 14 Oktober ini dilapangkan, manakala tarikh-tarikh perbicaraan pada 28 Oktober, 21 dan 31 November, 1 dan 7 Disember, 3 Januari dan 9 hingga 13 Januari 2023 dikekalkan,” kata hakim itu.

Beliau membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah, supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan sementara permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 2 September lalu, Rozina memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pasangan itu sepatutnya membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, melibatkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad bermula 23 September lepas.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga, didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok