Ziarah gereja: MAIS lihat ada elemen tarik belia Islam pelajari Kristian

March 17, 2023 · Isu semasa

Program di mana orang Islam mengunjungi rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja, dan gurdwara untuk mempelajari agama-agama ini selain daripada agama sendiri harus ditolak dan disekat, kata Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kegiatan sebegitu mempunyai kecenderungan negatif terhadap Islam dan melanggar undang-undang yang menghalang penyebaran agama lain kepada umat Islam.

Beliau mengulas kontroversi berikutan program “Jom Ziarah Gereja” anjuran Impact Malaysia – sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) – di mana golongan belia bukan Kristian dibawa melawat gereja.

Menteri KBS sekarang ini ialah Ahli Parlimen DAP Segambut dan penulis buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang mencertiakan mengenai perjalanan hidupnya sebagai penganut Kristian dan mempromosi agama Kristian.

Sambil mengiktiraf kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara ini, Abdul Aziz berpandangan bahawa “persefahaman bersama, toleransi dan perpaduan masyarakat adalah sangat penting untuk memastikan keharmonian dan keamanan Malaysia”.

Tambahnya, Islam tidak melarang persahabatan dan toleransi terhadap orang bukan Islam.

Tetapi beliau berkata acara seperti program “Jom Ziarah” sepatutnya mempunyai had untuk memastikan tiada orang Islam terpengaruh untuk berminat dengan agama lain.

“Walaupun objektif program ini dikatakan untuk memberi pendedahan berkaitan agama yang dianuti di negara ini dan membentuk perpaduan yang erat dalam kalangan penganut berbeza agama, tetapi program untuk mempelajari agama lain selain Islam di mana-mana gereja atau mana-mana rumah ibadah memerlukan kawalan dan sekatan tertentu.

“Ini bagi memastikan tiada unsur memujuk umat Islam untuk terpengaruh dan berminat dengan agama lain selain Islam dan juga tiada penglibatan umat Islam dalam ibadah agama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (17 Mac 2023).

Setakat ini, program ini telah menyaksikan lawatan ke masjid dan gurdwara; ia telah merancang lawatan ke sebuah gereja di Klang, Selangor esok.

Abdul Aziz memetik perundangan Islam yang menyatakan menolak kemudaratan harus diutamakan daripada mendapat manfaat.

Beliau turut mempersoalkan mengapa risalah dan iklan Projek Artikel 11 Jom Ziarah belum dipinda sekiranya program itu hanya dikhaskan kepada bukan Islam.

Abdul Aziz berkata, pihaknya sedia maklum kenyataan terbaru Hannah bahawa program pada asalnya terbuka kepada semua, kini ditukar dan dihadkan kepada belia bukan Islam sahaja.

“Namun semakan MAIS setakat ini mendapati bahawa risalah dan iklan yang diedarkan di media-media sosial dan elektronik masih tidak dipinda bagi menunjukkan program ini dikhaskan hanya untuk orang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Merujuk kepada lawatan gereja Impact Malaysia yang dirancang esok, Abdul Aziz berkata MAIS melihat program ini mempunyai elemen untuk menarik perhatian belia “terutamanya belia Islam” untuk belajar dan menimba ilmu tentang agama selain Islam.

“Program sebegini jika dibenarkan dianjurkan, boleh mempengaruhi pemikiran remaja Islam secara halus dan tanpa sedar untuk cenderung atau tertarik dengan agama selain Islam yang mereka anuti.

“”Di Selangor, apa-apa program yang dibuat bagi tujuan memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung atau minat kepada agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988,” katanya.

Agenda Daily pada 13 Mac lalu, melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Impact Malaysia, menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ dengan mengajak belia bukan Kristian untuk menyertainya.

Iklan berkaitan program itu ditulis dalam bahasa Melayu dan disiarkan dalam media sosial Impact Malaysia, namun telah diturunkan setelah ianya mula dipertikaikan.

Isu berkenaan menjadi kontroversi setelah Pengerusi Penaja Muafakat Nasional Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard, turut mendedahkankan di media sosialnya baru-baru ini.

Semalam, Che’gu Bard membuat laporan balas polis terhadap Hannah setelah Setiausaha Politik KBS, Dayangku Norhazwani Awangku Marsal, membuat laporan terhadap beliau.

Ziarah gereja: Che’gu Bard buat laporan polis terhadap Menteri DAP

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Ketua Pemuda UMNO sedia halang program Ziarah Gereja dianjur NGO bawah KBS
March 14, 2023· Politik
NGO bawah KBS anjur program ‘Ziarah Gereja’, jemput belia bukan Kristian
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
March 29, 2023 · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
12 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok