Ziarah gereja: Che’GuBard akan buat laporan polis terhadap menteri DAP

March 15, 2023 · Isu semasa

Pengerusi Penaja Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin sedia membuat laporan balas polis terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkaitan program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang dianjurkan sebuah badan yang dikatakan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Mengesahkan beliau belum dipanggil memberi keterangan susulan laporan polis dibuat Setiausaha Politik KBS, Dayangku Norhazwani Awangku Marsal, kelmarin, Badrul Hisham atau lebih dikenali Che’gu Bard, turut mengingatkan Hannah supaya tidak bercakap berbelit-belit.

Dalam terus membangkitkan isu berkaitan ‘Jom Ziarah Gereja’ itu, beliau mendakwa Impact Malaysia adalah agensi di bawah KBS di mana Hannah yang menjadi menteri mewakili DAP mencorakkan polisi kementerian dan agensinya.

“Agensi tersebut tahun lepas menerima peruntukan kerajaan berjumlah RM4 juta dan tahun ini naik kepada RM5 juta. Sebelum ini agensi ini ditubuhkan dengan tiga fokus utama iaitu e-sport, kegiatan anak muda dan media. Tidak ada urusan agama.

“Kamu tak perlu belit-belit, jika program kamu tidak salah kenapa arahkan agensi tersebut padam posting poster berbahasa Melayu yang mengajak pemuda bukan Kristian ke gereja selepas saya dan kawan-kawan dedahkan? soal beliau dalam kenyataan terbaharu hari ini (15 Mac 2023).

Badrul Hisham yang juga ahli Bersatu Port Dickson sekali lagi mengingatkan Hannah bahawa sebarang usaha mempromosi agama lain kepada umat Islam adalah satu kesalahan jenayah berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 11 itu diperkukuhkan lagi dengan perbagai undang-undang peringkat Persekutuan dan negeri. Lebih malang lagi kerja jenayah itu ditanggung dengan wang rakyat.

“Kamu sebut mengenai agensi bawah kamu juga buat program bawa belia ke masjid,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa program membawa belia ke masjid tidak menghalalkan kempen ‘Jom Ziarah Gereja’, sebaliknya menyamakan Islam dengan agama lain merupakan tindakan pluralisme dan liberalisme yang melampau.

Badrul Hisham juga berkata mana-mana pemimpin Islam tidak dilarang ke rumah ibadat agama lain jika bertujuan meninjau masalah dan memahami isu rakyat yang dipimpin, dengan syarat tidak mengikut acara keagamaan itu.

“Ini tidak boleh disamakan dengan kegiatan rekrut remaja Islam bawa ke gereja untuk mendengar dakyah bahawa semua agama sama.

“Banyak lagi isu yang perlu ditangani KBS, daripada membazir wang rakyat untuk bawa anak muda, khususnya yang Islam ke gereja. Lebih baik jutaan wang itu digunakan untuk bantu belia berniaga, pelajar susah, pembangunan sukan atau kebajikan sama ada atlet atau bekas atlet.

“Saya sehingga saat ini masih belum dihubungi pihak polis dan saya sedia dipanggil kerana serentak dengan itu saya hendak buat laporan balas ke atas Hannah Yeoh kerana tindakan jenayah yang dilakukan.

“Amaran rakyat jelas… batalkan program 18 Mac 2023 di Gereja Lady of lourdness di Klang,” tegas Badrul Hisham lagi.

Terdahulu, Hannah menafikan dakwaan program ‘Jom Ziarah Gereja’ sebagai usaha menyamaratakan kedudukan agama di negara ini.

Menurutnya program berkenaan tidak membabitkan penyertaan belia Islam, selain menjelaskan pelaksanaan program ziarah rumah ibadat bukanlah perkara baharu di Malaysia.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebab iklan program berkenaan turut dibuat dalam bahasa Melayu.

Che’GuBard bidas menteri Islam, Hannah Yeoh isu program gereja

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Ketua Pemuda UMNO sedia halang program Ziarah Gereja dianjur NGO bawah KBS
March 14, 2023· Politik
NGO bawah KBS anjur program ‘Ziarah Gereja’, jemput belia bukan Kristian
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
17 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
29 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok