Ziarah gereja: Che’gu Bard buat laporan polis terhadap Menteri DAP

March 16, 2023 · Isu semasa

Pengerusi Penaja Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan daripada DAP, Hannah Yeoh, berhubung program ‘Jom Ziarah Gereja’ anjuran sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan SUkan (KBS).

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini (Khamis, 16 Mac 2023).

Antara lain dalam laporan polis itu, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard memetik buku tulisan Hannah ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang mencertiakan mengenai perjalanan hidupnya sebagai penganut Kristian.

“Di mana buku tersebut sendiri penuh dengan tulisan mempromosi agama Kristian. Dalam buku tersebut juga tertulis penglibatan dia di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen.

“Tanpa berselindung dalam buku itu menulis bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian.

“Tidak tertinggal seruan dia kepada ahli-ahli felo Kristian seberang laut, khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” kata Badrul Hisham pada sidang media selepas membuat laporan itu.

Hadir sama memberi sokongan kepada beliau ketika membuat laporan polis itu, termasuk pendakwah terkenal dan penganalisis politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, aktivis PAS yang juga bekas artis, Dayang Ku Intan, dan bekas-bekas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis itu dibuat sebagai tindak balas laporan yang dibuat dibuat Setiausaha Politik KBS, Dayangku Norhazwani Awangku Marsal terhadap beliau sebelum ini yang diadkwa memfitnah Hannah.

Agenda Daily pada 13 Mac lalu, melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Impact Malaysia, menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ dengan mengajak belia bukan Kristian untuk menyertainya.

Iklan berkaitan program itu ditulis dalam bahasa Melayu dan disiarkan dalam media sosial Impact Malaysia, namun telah diturunkan setelah ianya mula dipertikaikan, termasuk oleh Che’gu Bard.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham mengecam jawapan berpusing-pusing diberikan Hannah, khususnya apabila mengaitkan dengan hak asasi manusia.

“Orang Melayu dan Islam di negara ini sudah cukup tertekan dengan hak asasi, kononnya kami menentang hak asasi, tidak menghormati etika, pluralisme, liberalisme… kita kelihatan kolot bila kita pertahankan hak kita.

“Tapi bila kamu masuk ke dalam wilayah kami, kamu panggil itu hak asasi… kamu panggil itu kebebasan… kebebasan di Malaysia ada kontrak sosial yang mengikatnya,” katanya lagi.

Badrul Hisham berkata apa yang menjadi kerisauan ialah dana daripada rakyat digunakan ungtuk merealisasikan apa yang ditulis Hannah dalam bukunya itu, apa lagi sekarang ini beliau telah menjadi menteri.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
NGO bawah KBS anjur program ‘Ziarah Gereja’, jemput belia bukan Kristian
March 13, 2023· Isu semasa
MP Amanah juga senada dengan desakan PN, pertimbang keluar KWSP
February 25, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok