Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M

April 16, 2021 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz banyak membocorkan rahsia berhubung sejumlah wang yang banyak dalam akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang berdepan pendakwaan bersabit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas perdana menteri dua kali itu berkata sering berkomunikasi dengan Zeti malah sebelum jatuh kerajaan Barisan Nasional (BN) lagi bagaimanapun mereka terputus hubungan selepas menerima ugutan daripada Najib yang ketika itu cuba menutup rahsia 1MDB daripada terbocor.

“Sebenarnya, semasa Najib (menjadi perdana menteri) lagi saya bercakap dengan Zeti. Zeti yang bagitahu pada saya (bahawa) Najib ada duit banyak dalam bank.

“Dia kata nak ambil tindakan. Dia cuba. Lepas tu entah apa yang Najib buat, dia tak beranilah.

“Kumpulan empat orang itu, ketua polis (ketika itu) cerita pada Najib tentang kumpulan empat orang ini. Peguam negara dipecat.

“Najib hancurkan kumpulan empat orang tersebut,” kata Dr Mahathir dipetik wawancara bersama Malaysiakini.

Ketika itu, Zeti bersama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar didakwa merancang untuk mengambil tindakan terhadap Najib.

Namun, salah seorang daripada mereka membocorkan maklumat kepada Najib sehingga tindakan diambil terhadap ketiga-tiga mereka dan hanya seorang sahaja ketika itu mengekalkan jawatannya.

Berhubung dakwaan suami Zeti dan dua anaknya ada menerima wang daripada 1MDB, Dr Mahathir berkata tidak tahu mengenai perkara tersebut.

“Saya tak tahu, saya tak tahu. Tetapi Zeti menunjukkan prestasi yang sangat bagus sebagai pegawai bank. Sebagai pegawai bank pusat, dia dikenali di seluruh dunia. Saya lantik seseorang yang sangat terkenal,” katanya lagi.

Semalam, polis mengesahkan mengambil keterangan daripada suami Zeti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana dikaitkan dengan 1MDB.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok