Zaman bermewah untuk rakyat sudah tiada

March 15, 2023 · Isu semasa

Pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini yang tidak mengumumkan pengeluaran KWSP dan tiada kenaikan gaji bagi penjawat awam nampaknya sedikit sebanyak memberi kesan kepada golongan berkenaan.

Rakyat dilihat mengeluh kerana dikatakan gaji mereka masih rendah untuk menampung kos sara hidup dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Pun begitu, nasib kakitangan awam mungkin sedikit baik kerana golongan ini masih me­nerima beberapa ‘kelebihan’ antaranya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM700 dan RM350 buat pesara, serta subsidi yuran taska RM180 sebulan.

Seperti kata Perdana Menteri, sekiranya gaji penjawat awam dinaikkan, perbelanjaan kerajaan akan menjadi defisit daripada 5.6 peratus kepada 6.5 peratus, sedangkan pada ketika ini hutang negara sudah mencecah RM1.5 trilion.

Sebenarnya, ketika ini bukan penjawat awam sahaja yang sedih kerana tiada kenaikan gaji, tetapi ada juga pekerja swasta yang berdepan situasi sama ­apabila terdapat syarikat yang mula membuat penjimatan kos sebagi langkah berjaga-jaga dengan keadaan ekonomi yang ­meruncing.

Menurut Pakar Ekonomi, Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Shah Bali Mohamed, kerajaan wajar melihat semula skim gaji penjawat awam berikutan pendapatan rata-rata rakyat kini tidak selari dengan kenaikan harga barang.

“Walaupun ada imbuhan buat penjawat awam, pengurangan cukai pendapatan bagi M40 namun kenaikan harga barang ketika ini tidak bertepatan dengan pendapatan mereka.

“Tambahan pula, kita masih menanti adakah Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan naik. Jika OPR naik, perbelanjaan mereka sebahagian besarnya nanti sudah pasti untuk membayar balik pinjaman,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif seperti Menu Rahmah bagi meringankan beban rakyat adalah baik, tetapi perlu dilihat sejauh manakah ia boleh bertahan apabila kenaikan harga barang berlaku.

“Kenaikan harga barang ini bukan berlaku dalam negara kita sahaja, di luar negara juga berlaku dan terdapat banyak faktor menyebabkan harga barang naik. Antaranya ialah peperangan an­tara Ukraine dan Rusia yang ­semakin kritikal.

“Ia memberi kesan kepada harga barang di negara ini kerana kita banyak bergantung kepada barang import terutamanya makanan.

“Oleh itu, dalam hal ini juga negara perlu mempertingkatkan keluaran dalam negara seperti makanan dan sayur-sayuran,” ujarnya.

Tambah Anuar, bagi sektor swasta pula, kerajaan boleh me­ngadakan perbincangan dengan pihak-pihak syarikat bagi mencari jalan agar pekerja swasta juga dapat dibantu.

“Zaman bermewah sudah tiada, rata-rata orang ramai sekarang sudah ubah gaya hidup mereka, ramai bekerja keras demi kelangsungan hidup sahaja.

“Justeru, penting untuk dilihat semula pendapatan rakyat bagi memastikan keseimbangan antara pendapatan dan kos sara hidup yang tinggi sekali gus me­ringankan beban,” tambahnya.

Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok