Zakat fitrah Wilayah Persekutuan RM5, RM7, RM14

April 6, 2021 · Isu semasa

Kadar zakat fitrah yang wajib bagi umat Islam di Wilayah Persekutuan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM5, RM7 dan RM14.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kadar zakat fitrah itu adalah bergantung kepada kemampuan serta jenis beras yang dimakan.

“RM5 iaitu kadar wajib dan minimum berdasarkan nilai beras Super Tempatan, RM7 bagi pengguna beras Super A dan RM14 untuk beras Super Import dan Basmathi biasa,” katanya, hari ini.

Katanya, umat Islam boleh memilih bayaran zakat fitrah itu berdasarkan jenis beras yang mereka makan.

Bayaran zakat juga boleh dilakukan secara dalam talian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di www.maiwp.gov.my; dan juga aplikasi pembayaran yang lain seperti ePay MAIWP, SnapNPay, e-wallet Boost, JomPay dan laman sesawang fitrah.zakat.com.my.

Berita berkaitan
Hukum orang Islam menyertai perayaan Bon Odori
June 12, 2022· Rencana
Tujuh MP DAP dan PKR bantah larangan jual arak
November 2, 2021· Isu semasa
Kerajaan akan jalankan saringan pandu lalu bagi warga Wilayah Persekutuan
May 30, 2021· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
5 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
5 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok