‘Zainab LCS’ tiada kaitan dengan ‘Zainab CFO Dialog Group’

August 22, 2022 · Isu semasa

Dialog Group Bhd (Dialog Group) menafikan penglibatan Zainab Mohd Salleh, yang merupakan Ketua Pegawai Kewangannya (CFO) dan Setiausaha bersama syarikat, dalam skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Malah, kumpulan penyedia perkhidmatan sokongan minyak dan gas itu juga berkata Zainab adalah isteri kepada Pakar Perunding Ginekologi-Onkologi di Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC), Dr Noor Azmi Mat Adenan.

Dalam satu kenyataan hari ini (Isnin, 22 Ogos 2022), Dialog Group menjelaskan bahawa Zainab telah terlibat secara palsu dalam skandal itu apabila beliau secara salah dikenal pasti sebagai pemegang saham Alizes Marine Limited.

Menurut The Star, firma itu juga berkata bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Sebarang tuduhan palsu atau kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan dan/atau ditujukan kepada Dialog Group Berhad, anak-anak syarikatnya, termasuk pengarah dan/atau pekerjanya, tidak akan dipandang ringan.

“Dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan berkenaan dengan tuduhan atau kenyataan mengelirukan” kata Dialog Group.

Di Twitter, anak Zainab, Syaza Nazura berkata, ibunya bukanlah individu yang terlibat dalam skandal LCS.

“Zainab Mohd Salleh dalam Paradise Papers bukanlah CFO Dialog Group Berhad seperti yang anda nyatakan. Zainab (CFO) berkahwin dengan Dr Noor Azmi,” katanya.

Bagaimanapun, ketika mengulas kenyataan Dialog Group itu, Rafizi berkata Zainab yang terlibat dalam isu LCS adalah individu yang berbeza.

“Kebetulan yang tular sebelum itu adalah satu kesilapan seorang netizen yang menuduh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Dialog Berhad sebagai “Zainab Mohd Salleh” yang terlibat dengan skandal ini,” katanya.

Terdahulu hari ini, Rafizi mendakwa seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh adalah isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan dari 2008 hingga 2013, ketika projek LCS itu mula dilaksanakan.

Bagaimanapun, Abdul Latiff dalam satu kenyataan kemudian menafikan wanita itu adalah isterinya.

Mengulas jawapan itu, Rafizi bertegas bahawa laporan siasatan dalaman menyatakan wanita itu adalah isteri Abdul Latiff.

Menurutnya beliau akan menunjukkan dokumen khusus yang mengaitkan Dr Abdul Latiff dengan seorang individu yang bernama ‘Zainab Mohd Salleh’ yang menjadi pemilik Alizes Marine, esok.

Sebelum ini, Rafizi yang berjanji mendedahkan barang-barang peralatan perang kapal LCS boleh dibeli di kedai 7-Eleven hari ini, gagal mengemukakan bukti barangan itu.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Infineon: PMX ‘claim’ kerja orang kata Sanusi
August 5, 2023· Politik
Debat Ekonomi Syahir-Rafizi 9 Ogos ini
August 1, 2023· Politik
Anwar beritahu, Rafizi, Aminuddin bantah keras pencalonan saya : Rafie
July 31, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok