Zahidi pertahan lantikan ahli MT UMNO sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman

September 20, 2022 · Isu semasa

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin mempertahankan pelantikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Khaidhirah Abu Zahar sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia, sebagai wajar dan layak memegang jawatan itu.

Mengulas kritikan sesetengah pihak yang mendakwa pelantikan Khaidhirah sebagai pengerusi majlis penasihat itu sebagai lantikan politik, Zahidi berkata tidak ada masalah untuk melantik ‘orang politik’ yang layak, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata Khaidhirah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merupakan seseorang individu yang mudah didekati oleh masyarakat, justeru lebih banyak komen membina dapat diterima daripada orang awam bagi menambah baik bidang perfileman.

“Apa masalah kalau lantik orang politik? Kebanyakan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), penasihatnya kita lantik bekas pesara kerajaan, pesara politik dan juga orang politik. Itu menjadi kebiasaan untuk dilantik kerana mereka layak,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Jasamu Dikenang 2022 Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November tahun lepas, Khaidhirah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim sekali gus melakar sejarah sebagai selebriti pertama bergelar wakil rakyat.

Sebelum menyertai politik, Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira aktif dalam dunia lakonan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada 17 Sept mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia bagi menggubal dasar-dasar lebih proaktif ke hadapan untuk membantu pemain industri berkenaan.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
RM60.71b tambahan bajet terbesar dalam sejarah, kata Mat Maslan
March 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok