‘Zahid tidak kebal daripada pendakwaan’

September 22, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak kebal daripada didakwa hanya kerana mendedahkan maklumat transaksi berkaitan yayasan kebajikan, Yayasan Akalbudi (YAB) yang dijalankan keluarganya.

Ketua pendakwaan Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata tuntutan tertuduh untuk kekebalan tidak boleh didengar oleh mahkamah kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk mengetepikan pertuduhan berdasarkan kekebalan.

Beliau berhujah pihak pembelaan bergantung kepada Seksyen 30 (7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 untuk menuntut kekebalan tetapi seksyen itu tidak memberikan kekebalan hanya pengecualian daripada didakwa dengan pertimbangan pendakwa raya kepada orang tertentu yang membantu siasatan.

“Pihak pendakwa raya mengambil keputusan bahawa tertuduh tidak berhak untuk diberi kekebalan. Bahkan beliau tidak mempunyai hak untuk menuntut kekebalan di bawah Seksyen 30 (7).

Seksyen 30 (7) apabila dibaca berdasarkan konteks menyeluruh perundangan, ia digubal untuk menggalakkan saksi-saksi untuk bekerjasama mendedahkan maklumat dan dokumen bagi membantu SPRM dalam siasatannya.

“Seksyen ini terpakai kepada mereka yang mendedahkan maklumat atau dokumen dan maklumat atau dokumen itu sebaliknya mendedahkan individu berkenaan kepada penjenayah atau tindakan atau tuntutan sivil,” katanya dalam hujahan untuk mematahkan hujahan pembelaan mengenai kekebalan tertuduh di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Sebelum ini, ketua pembelaan Hisyam Teh Poh Teik berhujah bahawa Ahmad Zahid telah membuat kenyataan pada 2 dan 3 Julai 2018 dan dengan membuat pendedahan itu menerusi dua kenyataan, Presiden UMNO itu sepatutnya mendapat kekebalan daripada pendakwaan di bawah Seksyen 30 (7).

Memetik laporan Bernama, Raja Rozela berkata pihak pembelaan tersilap anggap bahawa kes pendakwaan dibicarakan berdasarkan kedua-dua kenyataan itu.

“Sebaliknya, pihak pendakwaan bersandarkan kepada bukti daripada 99 saksi, kebanyakannya orang awam yang kenyataan mereka dirakamkan oleh SPRM. Tidak pernah pendakwa raya atau SPRM melakukan sesuatu bagi menggalakkan tertuduh mempercayai bahawa beliau akan diberikan kekebalan.

“Seksyen 30(7) tidak mengandungi perkataan kekebalan. Jika Parlimen merancang untuk menyediakan kekebalan di bawah Seksyen 30 (7), ia akan menyatakannya dengan jelas,” kata beliau.

Timbalan Pendakawa Raya itu kemudian berhujah bahawa SPRM mempunyai kuasa di bawah Seksyen 30(7) untuk memanggil siapa sahaja untuk memberikan maklumat termasuk mereka yang masih belum didakwa di mahkamah sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

“Jika SPRM merekodkan kenyataan daripada saksi dan semua mereka dilindungi, setiap orang adalah kebal, maka apa tujuan siasatan dibuat? Di mana letaknya SPRM ? Adalah tidak masuk akal untuk menyatakan Ahmad Zahid tidak perlu didakwa hanya kerana beliau telah memberikan makluamt kepada SPRM,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, berhadapan 47 pertuduhan – 12 daripadanya adalah pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 mengenai pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit milik YAB.

Pihak pendakwaan akan menyambung penghujahannya pada 4 Oktober ini.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok