Zahid sambung kontrak UKSB terlalu awal, saksi beritahu mahkamah

December 22, 2021 · Isu semasa

Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN), terlalu awal, dibantah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Alwi Ibrahim.

Perkara itu diberitahu Alwi, 62, kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, ketika memberi keterangan terhadap pertuduhan dihadapi Zahid yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Bekas KSU KDN itu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Zahid yang melanjutkan kontrak syarikat UKSB bagi pelaksanaan sistem VLN, terlalu awal.

Memetik Bernama, Alwi berkata pelanjutan yang dibuat bekas TPM itu terlalu awal sedangkan tempoh tamat kontrak itu masih panjang.

“Bagaimanapun, berdasarkan laporan syarikat yang saya terima, saya berpuas hati dengan prestasi syarikat UKSB,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, pada hari kesembilan perbicaraan kes Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem VLN.

Wan Shaharuddin: Pernah berlaku sebelum ini, pelanjutan kontrak dibuat awal?

Alwi: Seingat saya tidak ada.

Ketika membacakan penyataan saksinya, Alwi, saksi pendakwaan keenam berkata pihaknya akur dengan arahan Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk melanjutkan kontrak tersebut tiga tahun lebih awal, dari kontrak tamat iaitu pada 2019.

“Berdasarkan perkara 2.2.1 perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN yang dimeterai sebelum ini, syarikat boleh memohon pelanjutan kontrak tidak kurang dari enam bulan sebelum tarikh kontrak tamat.

“Secara praktikal ia nampak tidak sesuai untuk dilanjutkan kontrak kerana tempoh tamatnya masih jauh,” kata Alwi yang kini seorang pesara.

Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.

Berita berkaitan
Firma peguam Najib nafi tarik diri jika perbicaraan rayuan SRC diteruskan
August 12, 2022· Politik
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
August 12, 2022· Isu semasa
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022· Politik
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal kapal tak siap, kontraktor bawa petugas media ke tapak pembinaan
29 minit lalu · Isu semasa
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
46 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
53 minit lalu · Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
57 minit lalu · Isu semasa
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok