Zahid mohon dipulangkan pasport, mahu ke Jerman dapat rawatan

October 7, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah memohon untuk dipulangkan pasport antarabangsanya buat sementara waktu bagi mendapatkan rawatan di Jerman.

Peguam mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Hamidi Mohd Noh berkata permohonan tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi hari ini memandangkan anak guamnya mahu mendapatkan rawatan sakit belakangnya dengan pakar perubatan di Munich, Jerman.

“Anak guam saya mengalami sakit belakang dan leheri sebelum ini.

“Kami buat permohonan ini untuk membenarkan anak guam saya bagi mendapatkan rawatan yang berkesan dan ia sangat diperlukan,” katanya dipetik dalam laporan sebuah portal.

Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akal Budi.

Pada Ogos lalu, kes perbicaraan Zahid terpaksa ditangguh susulan sakit belakang yang dialaminya dan terpaksa dirawat di hospital.

Bagaimanapun, selang beberapa hari selepas penangguhan kes mahkamah kerana sakit dialaminya, Zahid dilihat menghadiri satu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selama beberapa jam sehingga menimbulkan persoalan berhubung sakit belakang yang dihadapinya.

Berita berkaitan
Bekas ahli tak mahu subahat dengan pemimpin menyamak dan sucikan DAP
6 minit lalu· Politik
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
June 9, 2023· Isu semasa
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
June 9, 2023· Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
June 8, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok