Zahid mengaku tidak salah pindaan pertuduhan kes visa luar negara

June 16, 2022 · Isu semasa

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengarahkan pertuduhan pindaan dibacakan semula kepada Zahid, 69, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob untuk meminda pertuduhan ketiga.

Pertuduhan pindaan itu membabitkan pertukaran Euro 15,000 kepada 15,000 Swiss Franc.

Sejurus pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa, Zahid kemudian menjawab mengaku tidak bersalah. “Faham, mengaku tidak bersalah,” katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri telah mendapat untuk dirinya, sesuatu benda berharga iaitu wang tunai 15,000 Swiss Franc tanpa balasan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), yang dia mengetahui syarikat tersebut mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Country Heights, Kajang pada Mei 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Presiden UMNO itu didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan masih berlangsung di hadapan Hakim Mohd Yazid.

Berita berkaitan
Arahan keluar RM1 juta tak ikut prosedur, kata saksi kes Syed Saddiq
5 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah bebas Yasin daripada hukuman gantung, didakwa miliki kanabis
8 jam lalu· Isu semasa
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
23 jam lalu· Politik
Mahkamah tolak permohonan Zahid halang kenyataan Dr M terhadapnya
July 5, 2022· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
7 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
43 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok