Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram

May 29, 2023 · Isu semasa

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengambil tindakan segera terhadap Telegram yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi pelbagai isu keselamatan siber.

Kata Zahid, isu keselamatan siber itu perlu diambil tindakan segera.

“Jika ada negara atau negeri di bawah tata kelola tertentu telah mengharamkan saluran tertentu umpamanya, maka saya berpendapat jika ianya merosakkan masyarakat, hendaklah diambil tindakan segera.

“Biarpun (kegunaan) aplikasi Telegram ini tidak sebanyak aplikasi lain, kesan negatif yang wujud dari bahan-bahan dipergunakan itu cukup merosakkan.

“Apabila pengendali saluran tidak mahu bekerjasama dengan menteri atau pegawai KKD atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya rasa langkah susulan mesti dilakukan,” katanya.

Semalam, Telegram tetap bertegas dengan pendiriannya untuk tidak terlibat dalam ‘sebarang bentuk penapisan politik’ sekali gus menolak kerjasama dengan KKD.

Sebelum itu, Menteri KKD, Fahmi Fadzil mendedahkan Telegram masih gagal untuk bertemu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara walaupun sudah beberapa kali dipanggil oleh KKD, tahun ini.

Dalam pada itu, Zahid berkata, negara ini mempunyai sistem perundangan biarpun ada penjanjian atau protokol dalam melayani semua saluran media sosial.

“Biarpun kita mempunyai perjanjian atau protokol untuk melayani semua saluran media, perkara yang bukan sahaja soal perundangan tapi bahan yang terkandung dan tersebar dalamnya harus dikenakan pencegahan,” katanya.

Berita berkaitan
Fahmi puji lantikan Chun Wai sebagai Pengerusi Bernama baharu
September 12, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Akan ada latihan pengundi BN untuk mengundi PH dalam dua PRK: Zahid
August 27, 2023· Politik
Zahid beri jaminan jentera UMNO bantu menangkan calon PH dalam PRK
August 25, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
13 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
29 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
13 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok