Zahid kata dia bukan Menteri Pertahanan ketika projek kapal tempur dianugerah

August 6, 2022 · Isu semasa

Projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan pada 2011, demikian menurut laporan-laporan media sebelum ini.

Namun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kegagalan pembekalan LCS tidak patut dikaitkan dengannya kerana ketika projek itu dianugerahkan beliau bukan Menteri Pertahanan.

“Saya memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013. Jadi mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC.

“(Ia bagi) menyokong penuh pendedahan kelewatan ini,” kata Zahid memetik laporan umnoonline hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana pihak yang telah menyebabkan kegagalan pembekalan LCS perlu memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

PAC mengemukakan laporan rasmi kepada Parlimen, Khamis lalu, yang sekali gus mendedahkan kepada rakyat berhubung kegagalan perolehan LCS yang melibatkan dana berbilion-bilion wang negara.

Khamis lalu, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Zahid akan dipanggil badan itu awal bulan depan bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam LCS bernilai RM9 bilion.

Turut akan dipanggil pada prosiding PAC ialah bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek kapal LCS Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

Isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/ Jabatan Persekutuan) dan Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), diterbitkan pada 2019.

Mengulas lanjut, Zahid yang merujuk kepada laporan audit PAC berkata kontrak kepada Boustead adalah mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.

“Secara jelas ia tiada kaitan dengan saya, malah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sendiri menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan LCS itu,” katanya.

Sehubungan itu, Zahid sedia memberi keterangan mahupun penjelasan kepada PAC bagi melengkapkan prosiding itu dalam masa terdekat.

Isu berkaitan LCS semakin menarik apabila pada Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam LCS oleh BNS.

Laporan yang disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki itu menyatakan individu yang masing-masing berusia 49 dan 79 tahun adalah CEO syarikat yang terlibat dalam projek tersebut dan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 24 Januari.

Kedua-dua individu terbabit disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

Salah seorang daripada mereka juga disyaki menerima rasuah daripada subkontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Sumber itu berkata siasatan kes tersebut tertumpu kepada kesalahan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Pada 21 November lalu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak.

Untuk rekod, enam LCS kelas Frigat akan dilengkapi peralatan dan sistem untuk peperangan empat dimensi antaranya sistem Surface to Air Missile (SAM), Surface to Surface Missile (SSM), Medium Caliber Gun (MCG), Small Caliber Gun (SCG), Towed Array Sonar (TAS), Torpedo dan juga Decoy Launching System (DLS) yang canggih.

Selain itu, LCS yang diperolehi ini mempunyai reka bentuk stealth yang moden dan bakal memenuhi keupayaan pertahanan abad ke-21. Perolehan ini akan turut mengukuhkan TLDM sebagai sebuah angkatan laut yang kredibel di rantau Asia Tenggara dan antarabangsa.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023· Politik
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok