Zahid janji tak tinggal Anwar sendirian

July 23, 2023 · Isu semasa

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji setia tidak akan meninggalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersendirian.

Malah Timbalan Perdana Menteri itu turut memuji Anwar yang menjalankan tanggungjawab sebagai perdana menteri dengan sangat baik.

“Semua yang dijanjikan ini bukan hanya retorik politik dan kami di pihak kerajaan melaksanakan dengan penuh iltizam kerana apa yang mahu dilakukan Anwar adalah terjemahan falsafah prinsip beliau hampir 30 tahun lalu.

“Selain itu, kita juga harus melihat pemimpin dan ulama bergabung serta saling bekerjasama yang mana setiap nasihat diberikan perlu berlandaskan al-Quran dan hadis.

“Justeru, kami mendukung cita-cita perdana menteri dalam memperkukuh budaya serta agama tanpa mengetepikan agama lain,” katanya menurut Harian Metro ketika berucap dalam program sentuhan kasih desa Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, Gua Musang, lapor Harian Metro.

Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah itu berkata, program hari ini bukan hanya mendekati rakyat kawasan bandar atau pekan tetapi juga kawasan pedalaman bagi menyantuni setiap lapisan masyarakat.

“Kita turun padang tanpa mengira kumpulan sasaran serta mengetepikan warna politik, budaya dan kaum. Apa yang penting, di bawah kepimpinan Anwar, kita mahu penyatuan pemikiran diterjemahkan dan ketepikan segala perbezaan dalam kalangan kita di seluruh negara.

“Sebagaimana kita tahu, Kelantan diperintah kepimpinan tidak sealiran dengan Putrajaya (kerajaan perpaduan), tetapi selama ini kerajaan tidak pernah putus membantu negeri ini, lebih-lebih lagi apabila negara diperintah Anwar yang sentiasa prihatin kepada rakyat di seluruh negara, termasuk Kelantan.”

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok