Zahid! Jangan angkat tong gas

December 29, 2021 · Isu semasa

Terpapar semula gambar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengangkat barangan membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kuala Dong, Raub, Pahang, 7 Januari lalu.

Gambar itu dimuat naik semula dalam Facebok beliau bagi menjelaskan foto tular yang mengaitkan tindakannya mengangkat barang itu dengan rawatan sakit belakang diterimanya di Jerman, November lalu.

Pihak terbabit turut mengaitkan tindakan Zahid mengangkat barang itu dengan sakit belakang, rawatan sakit belakang dan kes mahkamah dihadapinya.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu, dilihat mengangkat barang ‘ringan’ ketika membantu mangsa banjir di Rabu, Januari lalu, yang turut disertai Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bukannya Zahid hendak mengangkat tong gas di atas lori itu, sebaliknya Zahid mungkin mahu membiarkan Ahmad Maslan yang mengangkat tong gas itu.

Presiden UMNO itu yang kini berusia 68 tahun, pada Ogos lalu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan sakit belakang yang dialaminya, selain memohon pelepasan pasport untuk mendapatkan rawatan di Jerman.

Mengikut rekod, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Zahid memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa surat daripada pakar hospital menyatakan anak guamnya mengalami kecederaan akibat terjatuh.

Sebenarnya, kita percaya, Presiden UMNO yang berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam, telah lama menghidap sakit belakang, cuma ‘terjatuh’ menjadi asbab munculnya kesakitan yang lebih teruk, apa lagi pada usia lebih tua.

Menurut sains perubatan terdapat banyak sebab sakit belakang namun kebanyakan punca sukar dikenal pasti. Tetapi sesetengahnya mungkin disebabkan masalah otot, tulang, radang pelvik, batu karang atau boleh juga disebabkan stres.

Bagi sesetengah individu yang kerap mengalami sakit belakang, salah satu pantang ialah mengangkat benda-benda yang berat, terutama tong gas memasak, kerana kadang-kadang ada yang terlupa, hingga menyebabkan kesakitan yang semakin teruk.

Sedikit nasihat untuk Zahid, sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan dengan rehat yang cukup, meregangkan bahagian belakang, fisioterapi, ubat sapu dan ubat penahan sakit.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok