Zahid hantar notis tuntutan terhadap Dr Mahathir, Muhyiddin

February 27, 2022 · Isu semasa

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan notis tuntutan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tohmahan serta kenyataan yang didakwa berbaur fitnah ke atasnya.

Perkara itu dinyatakan dalam dua kenyataan media oleh Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq, yang mewakili Zahid, menurut laporan Bernama.

Dr Mahathir didakwa membuat kenyataan terbabit dalam sesi soal jawab selepas Pelancaran Aspirasi Pejuang bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Putrajaya pada 23 Feb lepas manakala Muhyiddin dalam ucapannya di Felda Tenggaroh, Johor pada 16 Feb.

Susulan itu, suatu notis tuntutan dikeluarkan serta diserahkan kepada Dr Mahathir dan Muhyiddin masing-masing pada 25 dan 23 Feb secara kendiri selain Pos Berdaftar.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima apa-apa jawapan,” menurut firma guaman tersebut dalam kenyataan itu.

Notis itu antaranya menuntut supaya kedua-dua pemimpin menghentikan, memadam dan menurunkan penerbitan kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari.

Selain itu, ia menuntut suatu permohonan maaf secara bertulis dan terbuka diterbitkan kepada Ahmad Zahid serta aku janji tidak akan mengulangi kenyataan sama.

Berita berkaitan
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
11 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Permohonan Muhyiddin batal 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta 11 Julai ini
May 31, 2023· Isu semasa
Penipuan terbesar adalah bersama dengan DAP dan sokong Anwar, kata PAS kepada Zahid
May 30, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok