Zahid cuba nafi komitmen, kejayaan Muhyiddin, MPN pulihkan negara?

February 12, 2022 · Isu semasa

Kekal dengan sikap negatif terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal melihat peranan yang telah dimainkan bekas Perdana Menteri itu dalam menerajui Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Ketika kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menyambung usaha melawan pandemik Covid-19 yang ditinggalkan Muhyiddin, Zahid pula tidak nampak kesan terhadap negara yang semakin pulih menerusi pelbagai rancangan, termasuk yang disusun dan digerakkan oleh MPN.

Cuba menafikan beberapa kejayaan dikecapi negara sekarang hasil usaha Muhyiddin dan Kabinetnya ketika menerajui negara sebelum ini, serta tugas dilakukan anggota MPN, Zahid sebaliknya memberi penghargaan kepada keprihatinan kerajaan sekarang terhadap kesukaran yang ditanggung rakyat akibat siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan.

Namun pada masa sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menggesa kerajaan mengambil langkah lebih praktikal, manusiawi serta munasabah. Berita berkaitan 

Seolah-olah tidak melihat pelbagai usaha telah dilakukan Muhyiddin menerusi MPN, Zahid berkata:

“Kita hampir tidak mendengar apakah saranan baharu dari Pengerusi MPN dalam menghadapi tahun 2022 melainkan amaran demi amaran dengan peningkatan kes serta kedatangan varian Omicron.

“Saya percaya, banyak yang boleh dilakukan oleh Pengerusi MPN dalam memberikan kepimpinan dan idea segar. Antaranya, apakah strategi negara untuk memastikan pembukaan berperingkat sempadan negara dilakukan dengan cara yang praktikal, tidak membebankan dan mampu merancakkan kembali proses perjalanan komersial dan aktiviti ekonomi.”

Menurut Zahid yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri selama kira-kira 33 bulan sebelum Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 lalu, amaran demi amaran berkaitan dengan varian-varian baharu tidak akan menyebabkan keadaan bertambah baik.

Dalam hal ini, katanya, Muhyiddin sepatutnya lebih agresif dan radikal memikirkan jalan keluar dan inisiatif baharu dan tidak hanya bergantung harap kepada kerajaan secara keseluruhannya sahaja, sedangkan inilah fungsi kritikal MPN.

“Selain itu, adalah mustahak untuk Pengerusi MPN menggerakkan pasukannya agar aktif memberi saranan dan nasihat kepada Kerajaan berhubung dengan strategi terbaik bagi meningkatkan pengambilan suntikan ‘booster’ yang kurang mendapat sambutan dan pelaksanaan sesi persekolahan serta pengajian tinggi pada kapasiti penuh.

“Semakin lama kita berpeluk tubuh dan mengambil jalan untuk sekadar menunggu dan lihat, semakin rugi negara dan anak bangsa kita. Saya harap perkara ini akan diberikan perhatian oleh Pengerusi MPN, dan semoga beliau tidak menjadikan kesibukan berkempen dalam PRN Johor sebagai alasan,” katanya.

Untuk rekod, pada 1 September 2021 lalu, Kabinet Ismail Sabri bersetuju melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri, tetapi Ahli Parlimen Pagoh itu mahu berkhidmat secara sukarela, tanpa mengambil gaji yang diperuntukkan.

Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Sejak daripada itu pelbagai usaha diambil termasuk memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang turut menyediakan garis panduan ‘membebaskan’ negeri daripada Covid-19 mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), komponen utama dalam PPN, antara yang paling diberikan perhatian, selain proses memudah cara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.

MPN juga mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung wabak Covid-19 supaya dapat beralih daripada pandemik kepada endemik.

MPN dianggotai 18 ahli tetap, termasuk menteri, pakar ekonomi dan wakil pembangkang, kerap mengadakan pertemuan untuk berbincang dan memberikan nasihat kepada kerajaan.

Dalam tempoh Januari 2022 hingga bulan ini, MPN telah dua kali mengadakan mesyuarat, termasuk menyediakan perancangan mewujudkan PPN 2.0 selain mencadangkan kerajaan membuka semula sepenuhnya sempadan negara bermula 1 Mac depan. Berita berkaitan

Pada sidang media selepas mesyuarat 8 Februari lalu, Muhyiddin berkata pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa dan maklumat terperinci, termasuk syarat-syarat tertentu, serta SOP yang hendak ditetapkan.

“Sama ada terdapat kuarantin atau tidak ada kuarantin dan sebagainya, itu akan diumumkan dalam masa yang terdekat oleh KKM,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
9 jam lalu· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
9 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
March 20, 2023· Politik
MT UMNO boleh singkir Presiden tetapi mustahil untuk dilaksanakan: Noh
March 15, 2023· Politik
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok