Yayasan Al-Quds lancar kempen solidariti Palestin, kecam Zionis Israel

April 24, 2022 · Isu semasa

Yayasan Al-Quds Malaysia dengan kerjasama 43 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan kempen solidariti bersama rakyat Palestin “Hands off Masjid AL-Aqsa” dan mengecam serangan rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa, terutamanya ketika 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu sidang media semalam, kesemua NGO itu sebulat suara menyatakan sokongan mereka dan teguh berdiri bersama rakyat Palestin yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa atau mana-mana rumah ibadah di tanah suci, menurut laporan Bernama.

“Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin dalam mempertahankan masjid ketiga paling suci daripada pencerobohan Zionis, sama seperti mana-mana rumah ibadat bagi setiap agama.

“Kami juga menyeru maklum balas segera daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam hal ini dan menggesa sidang tergempar diadakan untuk menangani situasi bahaya di Masjid Al-Aqsa,” kata Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Sementara itu, Wan Subki Wan Salih, Yang Dipertua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa, cawangan Malaysia menyuarakan bantahan dan kecamannya terhadap jenayah rejim penjajah itu dan menyifatkan ia bercanggah dengan lunas agama dan undang-undang antarabangsa.

“Kami menyeru kepada negara Islam dengan semua komponennya, pemerintah, ulama, pemikir, profesional media dan lain-lain untuk bekerja keras demi menyelamatkan kiblat pertama, Masjid Al-Aqsa, dan menyokong dengan apa juga cara, sama ada kewangan atau melalui media,” tambahnya.

Ketua Eksekutif dan jurucakap Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr Sharif Abu Shammalah pula berkata rejim Israel sentiasa berusaha untuk membentuk realiti baharu terhadap Masjid Al-Aqsa dengan pelbagai cara, antaranya meroboh dan membina struktur mereka sendiri.

“Tetapi jika semua negara bersatu dan berganding bahu untuk menghalang perbuatan biadab mareka, sudah pasti ia membuahkan hasil positif insya-Allah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasihnya kepada rakyat dan Kerajaan Malaysia yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Setakat ini, seramai 200 rakyat Palestin cedera ketika pertempuran tercetus dengan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa sejak beberapa minggu lalu termasuk pada Jumaat lepas.

Berita berkaitan
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Perjuangan rakyat Palestin berasaskan hak dan kehormatan, bukan dendam dan kebencian
October 29, 2023· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok