Yayasan Akalbudi, kronologi kes rasuah Zahid

January 24, 2022 · Isu semasa

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjawab semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Zahid, 69, untuk membela bela atas pertuduhan tersebut setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO itu.

Berikut adalah kronologi kes berkenaan.

19 Okt 2018 – Zahid didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.

14 Dis 2018 – Zahid didakwa buat kali kedua di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan tambahan iaitu pecah amanah wang berjumlah RM10 juta milik YAB.

20 Feb 2019 – Zahid didakwa kali ketiga di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan tambahan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik YAB.

28 Feb 2019 – Mahkamah Sesyen memindahkan kesemua kes itu ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah berkenaan untuk dibicarakan.

22 Mac 2019 – Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan 8 Julai hingga 12 Sept 2019 untuk perbicaraan kes itu.

3 Mei 2019 – Mahkamah Tinggi melapangkan perbicaraan dari 8 Julai hingga 12 Sept 2019 untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berdepan 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, yang dijadual bermula dari 19 Ogos hingga dua minggu pertama November 2019.

Mahkamah menetapkan 18, 20, 21, 22 Nov dan 2, 3, 4, 5, 6, 9, 10, 11, 12,13 Dis 2019 untuk perbicaraan kes Zahid.

3 Mei 2019 – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zahid, supaya pasportnya yang berada dalam simpanan mahkamah, dikembalikan untuk beliau mengerjakan umrah pada 9 Mei hingga 3 Jun 2019.

14 Mei 2019 dan 23 Mei 2019 – Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masing-masing menolak rayuan Zahid bagi mendapatkan pasport untuk umrah.

18 Nov 2019 – Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bermula.

2 Mac 2020 – Pihak pendakwaan memohon untuk memulakan prosiding menghina mahkamah susulan penangguhan perbicaraan pada hari tersebut selepas peguam yang mewakili Zahid memaklumkan anak guamnya perlu menghadiri satu mesyuarat berkaitan pembentukan Kabinet bersama Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan pada hari tersebut.

3 Mac 2020 – Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Zahid selepas beliau mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

22 Feb 2021 – Pasukan pembelaan Zahid diminta menasihati anak guam mereka agar tidak menghadiri sebarang mesyuarat dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu sebelum perbicaraan berlangsung selepas kes rasuah itu ditangguh beberapa kali kerana beliau menjalani kuarantin.

19 Mac 2021 – Pendakwaan menutup kesnya selepas 53 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 99 orang saksi.

24 Ogos 2021 – Mahkamah Tinggi menyapina seorang doktor pakar daripada sebuah hospital swasta untuk menjelaskan di mahkamah keadaan kesihatan Zahid kerana tertuduh tidak hadir pada perbicaraan kesnya.

Zahid dilaporkan dimasukkan ke hospital susulan kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.

25 Ogos 2021 – Doktor pakar sebuah hospital swasta memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa Zahid ‘mungkin’ boleh menghadiri prosiding kes rasuahnya pada 6 Sept.

6 Sept 2021 – Hujahan di akhir kes pendakwaan bermula. Zahid hadir di mahkamah dengan memakai penyangga leher.

8 Sept 2021 – Hakim Mahkamah Tinggi memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes tersebut.

Amaran itu dikeluarkan susulan pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak perempuan Zahid, Datuk Nurulhidayah telah membuat hantaran mengenai kes bapanya di Instagram.

7 Okt 2021 – Zahid membuat permohonan di Mahkamah Tinggi di sini supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya yang mengalami sakit belakang dan leher ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.

11 Okt 2021 – Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Zahid untuk mengembalikan pasportnya bagi mendapatkan rawatan di Jerman.

6 Dis 2021 – Hakim Sequerah menetapkan 24 Jan 2022 untuk keputusan di akhir kes pendakwaan selepas mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan selama 24 hari.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok