Yang menentukan PRU bukan parti tertentu tapi Kabinet: PAS

November 22, 2021 · Isu semasa

Keputusan untuk membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum (PRU) bukan ditentukan oleh parti tertentu, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung PAS itu berkata sebaliknya sebarang keputusan mengenai PRU perlu dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, ia tidak boleh ditentukan mengikut telunjuk sesebuah parti politik.

“Yang menentukan PRU adalah Kabinet, bukannya parti tertentu. Malah, Kabinet terdiri daripada pelbagai parti.

“Maka, biarlah Perdana Menteri yang menentukan tarikh PRU,” katanya dipetik laporan.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu juga menjelaskanBarisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ia hanya dalam konteks negeri itu sahaja, sebaliknya di peringkat Persekutuan, kerajaan dibentuk oleh pelbagai parti.

“Saya melihat ia isu berbeza dan ini dalam konteks Melaka saja.

“Jangan lupa kerajaan yang diterajui BN juga dianggotai oleh PAS, Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” jelasnya lagi.

Beliau turut memberi peringatan keputusan PRN Melaka tidak sewajarnya dijadikan polemik untuk menggugat keharmonian diperingkat kerajaan pusat dan menggesa utnuk bersama-sama membantu kerajaan Melaka yang baharu.

“Itu perlu ingat, sikit mahu ingat dan kita sama-sama menjaga, membantu kerajaan Melaka yang baharu,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN.

Malah, perkara itu juga telah disuarakan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam sebaik sahaja BN memenangi PRN Melaka.

“Saya cakap dengan Perdana Menteri semalam, kita perlu pertimbangkan untuk segerakan pilihan raya umum. Suka atau tidak kita tunggu sampai bulan Julai nanti sebab perjanjian (persefahaman kerajaan dan pembangkang) sampai bulan Julai.

“Ini pun tidak tahulah kerana banyak yang kalah teruk di Melaka, tidak tahulah kalau mereka akan pull the plug (tarik diri), kita tidak tahu. Dalam politik apa juga boleh jadi, dinamiknya berubah setiap hari dan tidak statik, terpulang kepada BN dan UMNO untuk buat ulang kaji,” katanya

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok