YADIM desak MCMC padam klip video raya promosi LGBT

April 25, 2022 · Isu semasa

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menarik atau memadam video muzik hari raya menampilkan usahawan kosmetik terkenal baru-baru ini, yang jelas mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata selain itu, MCMC juga digesa mengambil tindakan sewajarnya di bawah akta suruhanjaya itu, agar tindakan biadab seumpama itu tidak berulang, terutama oleh individu sama, khususnya di dalam bulan Ramadan.

“Sudah sampai masanya tindakan yang lebih tegas diambil pihak bertanggungjawab terutama MCMC, kerana ia melibatkan penyebaran dalam ruang siber, tidak perlu lagi amaran diberikan kepada individu berkenaan, kerana beliau banyak kali terlibat dengan kontroversi seumpama itu.

“MCMC bukan sahaja boleh menarik balik atau mengharamkan video berkenaan, tetapi kepada penyebar dan pembuat video itu juga boleh diambil tindakan.

“Ada batas yang tidak boleh dilanggar terutama di Malaysia dan melibatkan masyarakat Muslim, dan dalam tempoh Ramadan ini,” katanya memetik laporan Bernama selepas Program Bantuan Hari Raya Aidilfitri YADIM di Melaka, hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa membantu ibu tunggal Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi dan empat anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun memilih pakaian raya sumbangan YADIM.

Beliau berkata YADIM juga bersedia membuat laporan kepada MCMC berkaitan video muzik berkenaan sekiranya diperlukan, bagi membolehkan tindakan diambil ke atas individu tersebut.

Katanya selain itu orang ramai diseru menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna, agar hiburan yang dikategorikan sebagai ‘sampah’ tidak disajikan lagi kepada masyarakat secara umum.

Tuan Kamarul Arief berkata video muzik berkenaan dilihat hanya sebagai salah satu kaedah pemasaran oleh individu berkenaan untuk perniagaannya, walaupun pendekatan tersebut adalah tidak betul dan dilabel sebagai ‘bad promotion’.

Dalam pada itu, beliau berkata YADIM berkata komited untuk mengekang proses normalisasi LGBT di negara ini menerusi pelbagai pendekatan termasuk penerangan, penguatkuasaan undang-undang dan advokasi berterusan yang akan digerakkan kira-kira 10,000 ejen dakwah yayasan berkenaan, yang berada di peringkat universiti dan sekolah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata YADIM memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi membantu 10,000 asnaf, fakir dan miskin sepanjang Ramadan ini.

Sementara itu, Umi Nur Faizah yang mencari barangan terpakai untuk membesarkan empat anaknya berkata beliau bersyukur mendapat sumbangan pakaian hari raya untuk mereka sekeluarga, sekali gus memberi keceriaan kepada anaknya untu menyambut lebaran.

“Alhamdulillah, syukur… ada juga baju raya untuk empat anak saya dan diri saya. Saya tidak menyangka dapat membuat persiapan hari raya seperti orang lain,” katanya.

Berita berkaitan
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Video tular J-KOM satu aib untuk kerajaan, kata MP Pasir MAS
November 22, 2023· Politik
Konsert Cold Play: Shahidan harap adegan cium sesama lelaki tak berulang
November 22, 2023· Politik
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok