Wisma Putra tunggu pihak berkuasa siasat kesahihan penahanan ‘Dr Nur’

June 1, 2021 · Isu semasa

Wisma Putra masih menunggu hasil siasatan berhubung isu penahanan ‘Dr. Nur’ oleh pihak Israel sebelum tindakan susulan diambil walaupun terdapat keraguan berhubung kesahihan dakwaan tersebut.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata segala maklumat yang diterima kementerian telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan untuk diteliti sebelum sebarang langkah seterusnya diambil untuk membebaskan individu tersebut.

“Semua sedia maklum isu berkaitan rakyat kita yang berada di sana (Gaza) dan yang berkaitan dengan Israel bercampur baur dengan emosi, dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kita hanya boleh membuat pendirian bersandarkan kepada fakta.

“Fakta itu akan kita rumuskan selepas siasatan dilakukan oleh agensi-agensi yang berkenaan dalam kes ini,” katanya lapor Bernama pada sidang media.

Hishammuddin sebelum itumelancarkan kempen “Pengumpulan Dana Bantuan Kemanusiaan, Dari Malaysia Untuk Palestin” yang diadakan secara maya.

Wisma Putra sebelum ini menggesa individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh dan @nurhelizahelmi untuk tampil dan mengemukakan maklumat berkenaan ‘Dr. Nur’ selepas perkongsian mengenai penahanan warga Malaysia itu oleh pihak Israel tular di media sosial.

Ini berikutan Wisma Putra tidak dapat mengenal pasti butiran peribadi serta perincian insiden yang menimpa ‘Dr. Nur’, sekali gus menyulitkan usaha Perwakilan Malaysia untuk menghubungi dan menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

Menurut Wisma Putra, semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga mendapati bahawa tiada individu bernama ‘Dr. Nur’ yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

Mengenai misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew ke Gaza, Hishammuddin berkata pendakwah terkenal itu sentiasa berhubung dengan beliau bagi menyampaikan perkembangan terkini misi itu.

Berita berkaitan
Pihak berkuasa Norway tahan warga Malaysia disyaki mengintip
September 12, 2023· Isu semasa
UMNO akan ‘bungkus’ pada PRN: Khairy
June 5, 2023· Politik
Rakyat Malaysia dibawa keluar dari Kompleks Petronas Khartoum
April 18, 2023· Isu semasa
Lebih 27 maut, 183 cedera askar, pemberontak bertempur di Sudan
April 16, 2023· Dunia
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
3 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
4 jam lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
2 jam lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok