Wincci lima tahun rai Tahun Baharu Cina bersendirian

February 3, 2022 · Isu semasa

Tahun Baharu Cina 2022 bagi Ratu Cantik Malaysia 2008 tiada beza seperti tahun-tahun sebelum ini. Bagi Soww Wincci, 36, dia sudah lima tahun beraya di perantauan.

Wincci yang kini sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) kedua dalam bidang Produksi Artistik di University of Polytechnic, Sepanyol itu berkata, disebabkan pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia, Wincci tekad membuat keputusan tidak pulang ke tanah air meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga.

Ini berikutan pelbagai prosedur perlu ditempuh termasuk menjalani tempoh kuarantin.

Anak jati Selangor berkata, dia lebih rela bersendirian di bumi asing, namun tidak lupa menghubungi keluarga tercinta.

“Jika tanya perasaan menyambut Tahun Baharu Cina di Sepanyol, jujurnya, saya sudah lali dan mampu membiasakan diri. Biarpun berjauhan, saya ada cara meraikan perayaan bersama-sama. Saya tetap menyertai makan besar bersama keluarga, tetapi ia hanya dilakukan secara virtual sahaja.

“Tidak kisah apa cara sekalipun, asalkan dapat berkumpul bersama keluarga. Sebenarnya, saya merancang pulang meraikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga, tahun ini.

“Namun, memikirkan pelbagai prosedur yang perlu ditempuh apabila kembali dari luar negara, jadi saya memutuskan untuk tidak pulang,” katanya.

Dalam pada itu, dia belum berhasrat pulang ke Malaysia kerana bakal mengikuti latihan industri di Sepanyol.

Selain itu, wanita yang memiliki pelbagai ijazah termasuk dalam bidang undang-undang dan pentadbiran perniagaan itu mempunyai banyak impian yang mahu dikejar.

“Jika diikutkan, saya boleh tamat pengajian, tahun ini jika memilih teori. Tetapi, saya mahu menjalani latihan industri kerana ingin menimba pengalaman di Sepanyol. Jadi, saya perlu tinggal di sini selama setahun dua lagi.

“Secara kebetulan sudah berada di Sepanyol, jadi, saya tidak mahu sia-siakan peluang yang ada. Saya ingin cuba menyertai pelbagai uji bakat di Sepanyol, tetapi sebelum itu, saya perlu menyelesaikan terlebih dahulu kelas bahasa Sepanyol. Barulah mudah untuk saya menembusi pasaran muzik,” katanya yang pernah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak.

Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
3 jam lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
8 minit lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok