WHO lulus penggunaan vaksin Sinovac

June 2, 2021 · Isu semasa

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan penggunaan Sinovac bagi tujuan kecemasan, sekali gus membuka jalan kepada penggunaan dua vaksin Covid-19 keluaran China untuk diedarkan ke seluruh dunia.

WHO memberi ‘lampu hijau’ kepada dua dos suntikan Sinovac pada Selasa setelah vaksin itu memenuhi standard antarabangsa, selamat, berkesan dan dikeluarkan,” kata kenyataan dikeluarkan WHO.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyambut baik keputusan itu sambil berkata keperluan penyimpanan vaksin yang mudah menjadikannya sesuai untuk negara berpendapatan rendah.

“Kini sangat penting untuk mendapatkan vaksin ini untuk individu yang memerlukannya dengan segera,” katanya dalam taklimat.

Kelulusan yang diberikan WHO membolehkan semua negara meluluskan dengan segera dan mengimport vaksin berkenaan, khususnya negara yang tidak mempunyai pengawal seliaan standard antarabangsa.

WHO sebelum ini telah menyenaraikan Pfizer-BioNTech; Moderna; Johnson & Johnson; dan AstraZeneca yang dihasilkan di India, Korea Selatan dan Kesatuan Eropah, ke dalam senarai kegunaan kecemasan.

Panel bebas terdiri daripada pakar perubatan dalam kenyataan mereka mencadangkan vaksin Sinovac diberi kepada orang dewasa berusia 18 tahun ke atas dengan dos kedua disuntik selepas dua hingga empat minggu kemudian.

“Tiada had umur bagi suntikan Sinovac malah data menunjukkan ia memberi perlindungan berkesan kepada individu lebih tua,” kata kenyataan itu.

7 Mei lalu, WHO juga memberi kelulusan untuk kegunaan kecemasan kepada vaksin pertama keluaran China, Sinopharm.

Apabila disenaraikan di dalam senarai kecemasan WHO, vaksin itu akan dimasukkan ke dalam platform global bertujuan menjamin akses yang adil kepada vaksin ke negara-negara termiskin di dunia, COVAX.

Penolong Ketua Pengarah WHO, Mariangela Simao berkata, dunia terdesak untuk mendapatkan pelbagai vaksin Covid-19 bagi memenuhi permintaan.

“Kami menggesa pengeluar untuk mengambil bahagian dalam kemudahan COVAX, berkongsi pengetahuan dan data bagi mengawal pandemik Covid-19,” katanya.

Setakat ini vaksin Sinovac digunakan di 22 negara di seluruh dunia, termasuk Chile, Brazil, Indonesia, Mexico, Thailand dan Turki. – Agensi

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
8 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
9 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
9 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok