Waspada jenayah kewangan, penyamaran syarikat insurans taktik baharu

July 31, 2022 · Isu semasa

Kelicikan penipuan kewangan atau scammer dalam talian semakin menjadi-jadi di negara ini. Walaupun banyak tangkapan dibuat, kes penipuan begini masih lagi berlaku dengan yang ditanggung mangsa ada kalanya mencecah jumlah simpanan sepanjang hayat mereka untuk persaraan.

Secara umumnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkategorikan jenayah penipuan kewangan dalam talian kepada lima jenis, penipuan atau pinjaman tidak wujud; e-dagang; Macau Scam; Love Scam dan tipu khidmat pesanan ringkas (SMS). Penipuan ini juga tidak mengenal mangsa sama ada individu profesional, kelas menengah mahupun warga tua.

Dalam kes penipuan atau scam, mangsa menceritakan bagaimana mereka seakan-akan dipukau dan dengan mudah memindahkan wang di dalam bank kepada akaun individu yang membuat panggilan telefon.

Mereka langsung tidak menyedari tindakan diambil. Malah, tidak cukup dengan simpanan dalam bank konvensional, mangsa turut mengeluarkan simpanan dalam Tabung Haji untuk mencukupkan jumlah diminta. Mujur, dia tersedar sebelum memindahkan wang simpanan Tabung Haji itu kepada si penjenayah.

Situasi sama berlaku kepada individu kedua. Dia mengeluarkan wang dari Tabung Haji untuk dipindahkan ke akaun penjenayah yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Namun, sesudah mengeluarkan wang berkenaan beliau tiba-tiba tersedar dan terlintas di fikirannya kemungkinan dia sebenarnya ditipu.

Sebenarnya dalam hal ini, tidak dapat nafikan kita turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa mereka. Jadi sebagai persediaan, kita perlulah tingkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai jenayah sebegitu.

Ambil tahu dan sentiasa peka pada kemungkinan kita mungkin menjadi mangsa penipuan jika tidak berhati-hati.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos berkata, daripada jumlah kes itu, seramai 1,181 tangkapan dibuat dengan 966 individu sudah dituduh di mahkamah.

“Jumlah kerugian akibat kes Macau Scam jauh lebih tinggi berbanding kes tipu pelaburan dengan kerugian RM97.9 juta membabitkan 1,493 kes dalam tempoh sama.

“Selain itu, Love Scam juga merekodkan 361 kes dengan kerugian RM17.1 juta, manakala jenayah e-dagang mencatatkan 3,835 kes membabitkan kerugian berjumlah RM48.2 juta,” katanya.

Victor berkata, pihaknya mengesan modus operandi baharu Macau Scam yang membuat panggilan penyamaran daripada pejabat insurans.

“Mangsa dihubungi sindiket dikatakan membuat tuntutan insurans palsu sebelum panggilan itu kononnya disambung kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Mangsa juga dikatakan terbabit aktiviti menyalahi undang-undang atau terbabit individu yang ditahan bagi sesuatu kesalahan yang serius,” katanya.

Beliau berkata, pihak yang menyamar sebagai polis meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan secara terperinci atau pindahan ke akaun bank pihak ketiga untuk siasatan.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati wang dalam akaun bank miliknya sudah dipindahkan ke akaun pihak ketiga dan tidak dapat lagi untuk menghubungi suspek.

“Bagi kes terbabit, kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Victor berkata, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan berwaspada semasa membuat sebarang pemindahan atau transaksi dalam talian ke akaun individu yang tidak dikenali.

Bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah kewangan dalam talian seperti ini, beberapa tindakan dikenal pasti boleh diambil oleh masyarakat awam. Sebagai contoh, anak dewasa perlu kerap berbicara mengenai taktik penipuan kewangan ini dengan ibu bapa yang sudah berusia, khususnya yang tidak tinggal bersama.

Selain itu, pesara perlu lebih berhati-hati dengan sebarang kegiatan kewangan dalam talian. Sentiasa waspada terhadap panggilan yang mendakwa dari agensi tertentu dan nasihat untuk tidak berbincang dengan orang lain sebelum melakukan transaksi kewangan besar.

Oleh itu, masyarakat perlu lebih peka dengan perkembangan semasa berkaitan jenayah kewangan ini, tidak mudah panik dengan ugutan, sentiasa mendapat nasihat pihak berwajib berhubung kait dengan transaksi kewangan besar sebelum melakukan tindakan dan saling ingat mengingati antara satu sama lain akan kewujudan jenayah kewangan dalam talian sebegini.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok