[KEMAS KINI] KL pertahan cubaan waris Sultan Sulu rampas AS$15b

September 30, 2022 · Isu semasa

Putrajaya akan mengambil tindakan undang-undang di Belanda untuk menentang dan mengetepikan sebarang percubaan oleh waris bekas Sultan Sulu yang mahu menguatkuasakan anugerah timbang tara AS$15 bilion terhadap Malaysia.

“Malaysia tidak akan mengeluarkan perbelanjaan dalam mempertahankan kedaulatan dan asetnya di luar negara, di mana sahaja mereka berada,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan.

Beberapa syarikat terbesar Malaysia beroperasi di Belanda, termasuk firma minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas), yang 100 peratus dimiliki oleh kerajaan, menurut Theedge.

“Aset Petronas bukanlah aset milik Kerajaan Malaysia dan ia akan menjadi penyalahgunaan proses mana-mana mahkamah untuk mendapatkan penguatkuasaan terhadap aset tersebut.”

Terdahulu, Reuters melaporkan waris Kesultanan Sulu memohon kebenaran di mahkamah Belanda untuk merampas aset Malaysia di negara itu, dalam pertikaian perjanjian tanah era kolonial.

Menurut laporan agensi berita itu, waris berkenaan berusaha menguatkuasakan perintah ganjaran timbang tara sebanyak AS$15 bilion (RM70 bilion) yang perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada mereka.

Petisyen di Mahkamah Rayuan The Hague itu menyebabkan pertikaian perjanjian berkenaan menjadi semakin berlarutan dan mengancam aset luar negara kerajaan Malaysia dan syarikat milik kerajaan.

Kerajaan Malaysia yang tidak mengiktiraf tuntutan waris itu, bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas berhubung petisyen itu.

Pada 15 Februari lalu, sebuah mahkamah timbang tara di Perancis mengarahkan Malaysia membayar AS$15 bilion, anugerah timbang tara kedua terbesar dalam rekod kepada waris terakhir Sultan Sulu.

Malaysia berjaya mendapatkan penangguhan sementara menunggu rayuan tetapi anugerah itu tetap boleh dikuatkuasakan di luar Perancis di bawah perjanjian PBB berkaitan timbang tara antarabangsa.

Waris kesultanan Sulu yang pernah menguasai wilayah dari Selatan Filipina hingga sebahagian kepulauan Borneo, memohon mahkamah di Belanda mengiktiraf dan menguatkuasakan anugerah timbang tara itu.

Waris itu berhasrat untuk mendapatkan “hak terhadap aset Malaysia yang berada di Belanda,” menurut salinan petisyen kepada mahkamah yang dikongsi peguam.

Bagaimanapun, Reuters belum dapat mengesahkan permohonan itu dengan pihak berkuasa Belanda.

“Permohonan di Belanda ini akan disusuli dengan beberapa tindakan penguatkuasaan dan pelbagai penghakiman,” kata peguam Britain, Paul Cohen yang mengetuai kumpulan peguam waris berkenaan.

“Ini mungkin termasuk aset Malaysia yang pemilikannya secara langsung atau tidak di Belanda atau di tempat lain,” kata Cohen melalui e-mel kepada Reuters.

Petisyen itu tidak menyatakan secara terperinci aset berkenaan.

Beberapa syarikat besar Malaysia beroperasi di Belanda, termasuk Petronas dan Sime Darby Plantations.

Syarikat-syarikat itu tidak mengeluarkan kenyataan segera mengenai petisyen Belanda ketika dihubungi oleh Reuters.

Pada Julai lalu, dua anak syarikat Petronas di Luxembourg dirampas oleh mahkamah, sebahagian daripada usaha waris berkenaan untuk menguatkuasakan anugerah tersebut.

Petronas, yang menyifatkan rampasan Luxembourg sebagai “tidak berasas”, berkata ia akan mengambil langkah undang-undang untuk menghalang percubaan rampasan akan datang di 44 negara di mana ia mempunyai aset dan mengehadkan dana syarikat yang disimpan di luar negara.

Pertikaian itu adalah mengenai perjanjian yang ditandatangani pada 1878 antara dua kolonial Eropah dan Sultan Sulu untuk menggunakan wilayahnya di Malaysia masa kini, perjanjian yang dihormati oleh Malaysia selepas kemerdekaan sehingga 2013, membayar waris Kesultanan Sulu kira-kira AS$1,000 setahun.

Putrajaya menghentikan bayaran itu selepas satu kumpulan dipercayai penyokong Kesultanan Sulu menyerang Sabah.

Tindakan itu menyebabkan waris Kesultanan Sulu memfailkan tuntutan di mahkamah timbang tara dengan mendakwa Malaysia melanggar perjanjian berkenaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
12 jam lalu· Isu semasa
20 juta pengundi layak pilih kerajaan baharu hari ini
November 19, 2022· Politik
Rayuan batal PRU-15 ditolak, hari pengundian diteruskan Sabtu ini
November 15, 2022· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
14 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Jangan masukkan pemimpin kluster mahkamah dalam Kabinet, kata Bersih kepada Anwar
November 28, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok