Warganet kritik PM lantik Nik Ezanee sebagai juruiring, lebih baik jaga rakyat

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi bahan kritikan warganet selepas pengumuman lantikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri (PM).

Tidak berpuas hati dengan lantikan tersebut, warganet mempertikai lantikan pegawai polis yang terkenal dengan budi bahasanya dan bertanggungjawb itu semata-mata hanya mahu menjaga seorang individu sahaja, sepatutnya Nik Ezanee ditugaskan untuk menjaga keselamatan orang ramai.

Komen-komen warganet.

Lantikan tersebut juga disahka oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani semalam.

Majoriti komen dalam platform media sosial memberi pandangan dan harapan supaya Nik Ezanee terus kekal dalam Jabatan Siastan Jenayah, Selangor.

Terdahulu, spekulasi bertiup kencang mengenai pelantikan beliau sebagai ADC.

Pegawai kanan polis berusia 43 tahun itu dilantik sebagai ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor pada 12 April selepas menjadi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sejak 17 Februari tahun lepas.

Nik Ezanee semasa menggalas tanggungjawab sebagai pegawai polis di Selangor berjaya menyelesaikan banyak kes berprofil tinggi, disamping dikenali orang ramai sebagai seorang pegawai yang bertimbang rasa dan amanah dalam menjalankan tugasnya.

Komen warganet.

BERITA BERKAIT
POPULAR