Warga Lembah Klang teruja Fasa 2 PPN, tapi KKM beri amaran

September 14, 2021 · Isu semasa

Ramai warga Lembah Klang yang teruja dengan kelonggaran Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) membawa keluarga, termasuk anak kecil, ke pusat beli-belah dan taman rekreasi pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, aktiviti seperti itu pasti akan menyebabkan perkumpulan orang ramai dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang rendah, dan dengan keadaan itu tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang dilihat mudah untuk dipatuhi, supaya masing-masing dapat menjauhi daripada jangkitan Covid-19.

“Saya dapati ramai penduduk di Lembah Klang yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu baru-baru ini dengan membawa keluarga, termasuk anak-anak kecil, ke pusat beli-belah dan juga berkelah di taman-taman rekreasi.

“Saya faham ramai yang teruja dengan kelonggaran ini terutamanya setelah hampir tiga bulan berada di dalam Fasa 1 PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh sebelum itu. Bagaimanapun, aktiviti-aktiviti seperti ini pasti menyebabkan berlakunya perkumpulan orang ramai dan pematuhan SOP yang rendah.

“Penting untuk saya ingatkan bahawa vaksinasi lengkap bukan alasan untuk kita leka dalam melakukan tindakan kesihatan awam kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mencuci tangan dengan kerap. Tindakan-tindakan ini kelihatan mudah tetapi ia mampu melindungi kita daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Khairy berkata pemantauan dan analisis dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM), situasi penularan jangkitan Covid-19 di Lembah Klang mula menunjukkan trend penurunan, sekali gus membantu memastikan PPN berjalan lancar dan selamat.

Menurut Khairy, sasaran kerajaan untuk meralisasikan fasa endemik pada akhir Oktober ini memerlukan kerjasama seluruh masyarakat untuk terus mematuhi SOP serta mengamalkan langkah kesihatan awam kendiri.

“Jika perkara ini gagal untuk diamalkan dan dipatuhi, kebimbangan saya adalah kita tidak akan mampu beralih ke fasa endemik, sekali gus membantutkan usaha pemulihan negara oleh Kerajaan.

“Saya ingin tegaskan bahawa kejayaan untuk membawa negara keluar dari pandemik ini tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi Kerajaan tetapi juga sangat bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada SOP yang telah ditetapkan.

“Sekiranya masyarakat mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk,” katanya.

Khairy berharap seluruh masyarakat dapat memanfaatkan kelonggaran yang diberikan dan terus mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok