Warga emas rugi lebih setengah juta ringgit ‘sara kekasih maya’

May 29, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita warga emas kerugian sehingga RM565,700 ‘menyara’ teman lelaki yang dikenali menerusi media sosial Facebook sejak tujuh bulan lalu.

Tanpa menyedari dia terjerat dengan sindiket ‘Love Scam’ wanita berusia 68 tahun itu memasukkan sejumlah wang dalam 13 akaun berbeza sepanjang perkenalan itu.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata berdasarkan laporan, wanita berusia 68 tahun itu memaklumkan dia mula berkenalan dengan suspek dikenali sebagai Ding Nai Wei yang kononnya seorang doktor menerusi Facebook pada 16 September lalu.

“Sepanjang tempoh perkenalan itu, mangsa memasukkan sejumlah wang melalui 69 transaksi ke atas 13 akaun bank berbeza bermula 4 Oktober hingga 21 Mei lalu.

“Suspek berjanji memberikan RM5 juta apabila bertemu mangsa sekiranya ke Malaysia, namun mangsa yang menyedari ditipu lelaki berkenaan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Osman berkata, susulan laporan itu, polis akan membuat permohonan kepada bank terbabit bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kes juga di Perak, seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM21,550 diperdaya sindiket pelaburan matawang asing (forex) yang tidak wujud di laman media sosial Telegram.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata mangsa berusia 37 tahun itu ditawarkan untuk menyertai pelaburan yang kononnya memberi keuntungan 120 peratus hanya dalam tempoh enam jam.

Menurutnya, ketika pengadu berada di pejabatnya di Ipoh pada 26 Mei lalu, dia telah melihat iklan pelaburan dengan keuntungan yang sangat lumayan di laman sesawang Facebook dengan nama XM Trading.

Menurutnya pengadu kemudian berhubung dengan seorang lelaki melalui aplikasi Telegram dan WhataApp dengan satu nombor telefon berdaftar.

“Pengadu telah memilih pakej Gold iaitu dijanjikan keuntungan sebanyak 120 peratus dalam masa enam jam setelah menjadi ahli dan modal yang diberikan oleh pengadu itu sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata pakej forex itu juga kononnya dikatakan patuh syariah, menyebabkan mangsa tertarik dan yakin dengan apa yang dijanjikan oleh sindiket penipuan tersebut.

Mangsa memindahkan wang sebanyak RM3,000 sebagai yuran keahlian dan modal pelaburan, sebelum membuat pindahan kedua sebanyak RM5,800 sebagai pengaktifan bank untuk mengeluarkan wang daripada bank.

“Seterusnya sebanyak RM12,550 dipindahkan untuk tujuan yuran tukaran wang dolar Amerika Syarikat (AS) dengan Ringgit Malaysia.

“”Dia yang sudah kehabisan wang dan berasa tertipu kemudian membuat laporan polis, semalam untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita berkaitan
Satu daripada 9 wanita hidap kanser
June 21, 2022· Isu semasa
Keganasan rumah tangga, hak kaum lelaki juga dilindungi
June 12, 2022· Isu semasa
Senator dilantik Pengerusi Finas, Mohamad Salim dilantik Pengerusi SKMM
June 10, 2022· Isu semasa
Jururawat rugi RM20,000 diperdaya pelaburan saham
June 4, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
3 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
4 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
4 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok