Warga asing pernah ke Afrika tidak dibenar masuk Sarawak

November 28, 2021 · Isu semasa

Warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe dalam tempoh 14 hari tidak dibenar memasuki Sarawak buat sementara waktu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan laporan mengenai varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529 yang membabitkan ketujuh-tujuh negara, lapor Bernama.

Kenyataan itu menyebut rakyat Malaysia dan pemegang pas Penduduk Tetap yang pulang ke Malaysia dari negara terbabit bagaimanapun dibenar memasuki Sarawak namun perlu mematuhi beberapa syarat termasuk memohon dalam sistem EnterSarawak.

“Mereka juga perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan di First Point of Entry ke Malaysia tanpa mengira status vaksinasi manakala kuarantin di rumah tidak dibenarkan.

“Mereka juga tidak dibenar transit ke destinasi lain sehingga lengkap tempoh kuarantin dan mempunyai keputusan negatif ujian RT-PCR Covid-19 pada hari ke-12 sebelum dilepaskan daripada kuarantin,” katanya.

Menurut JPBN, pengembara dari luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan masing-masing kepada petugas di lapangan terbang dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

“Semua arahan ini berkuat kuasa serta-merta,” kata JPBN yang turut memaklumkan Sarawak hari ini merekodkan 158 kes baharu Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok