Warga asing lengkap vaksin dibenarkan JAWI solat berjemaah

November 4, 2021 · Isu semasa

Warga asing yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menunaikan solat fardu secara berjemaah di surau dan masjid, berkuat kuasa pada waktu solat Maghrib hari ini.

Perkara itu diumumkan Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail dengan syarat penjarakan satu setengah meter meter yang diamalkan sebelum ini juga dikurangkan kepada satu meter.

Beliau berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas yang sudah lengkap vaksinasi turut dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah.

“Selain itu, murid tadika dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dibenarkan menghadiri kelas pengajian yang beroperasi dalam premis surau dan masjid berpandukan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah.

“Penganjuran majlis sosial dibenarkan seperti kenduri, majlis sambutan perayaan, perkahwinan, aqiqah dan lain-lain untuk diadakan di dewan surau dan masjid bagi individu lengkap vaksinasi dengan 50 peratus kapasiti ruang serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Ketetapan baharu aktiviti pengimarahan di surau dan masjid di Wilayah Persekutuan ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Ajib berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pengumuman ini diharap dapat memberi peluang kepada lebih ramai jemaah mengimarahkan surau dan masjid di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Berita berkaitan
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
DBKL tutup 44 premis dikendali warga asing
October 11, 2023· Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
13 warga asing ditahan berhubung siasatan kes bunuh peniaga buah
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok