Waran tangkap boleh dikenakan terhadap Najib, tak hadir di mahkamah: Hakim

December 7, 2021 · Isu semasa

Ketidakhadiran Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonan dikemukakannya sendiri hari ini menimbulkan rasa kurang senang panel Hakim yang sepatutnya meneruskan prosiding berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Najib tidak hadir di Mahkamah Rayuan pagi ini, malah peguamnya, Harvinder Singh Sidhu juga ditegur dengan tegas Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mempengerusikan panel Hakim dalam prosiding hari ini kerana memberi alasan tidak mengetahui keberadaan anak guamnya itu.

“Tarikh perbicaraan hari ini telah pun dimaklumkan, dan penjamin telah dimaklumkan.

“Kita boleh membatalkan jaminan (RM2 juta) dan keluarkan waran tangkap atas ketidakhadiran Najib hari ini,” katanya dipetik laporan media.

Terdahulu, Najib menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co membuat permohonan sekali lagi untuk menangguhkan prosiding hari ini dan esok.

Hari ini sepatutnya berlangsungnya pendengaran terhadap permohonan dikemukakan Najib berhubung bukti baharu melibatkan kes SRC yang dihadapinya dan esok dijadualkan berlangsung keputusan terhadap rayuannya bersabit hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi tujuh pertuduhan yang dikaitkan dengan kes rasuah SRC.

Panel itu kemudian menolak permohonan peguam untuk menangguhkan perbicaraan bagi permohonan bukti baru hari ini, dan mengarahkan perbicaraan disambung semula pada pukul 12.30 tengah hari ini secara atas talian menerusi aplikasi Zoom.

Abdul Karim juga mengingatkan pasukan pembelaan bahawa tarikh keputusan esok untuk rayuan Najib dalam kes SRC belum dilapangkan dan masih diteruskan, sementara menunggu keputusan permohonan bagi mengemukakan bukti baru.

Sepanjang tujuh bulan lalu, pasukan pembelaan mengemukakan rayuan dengan 307 alasan mengapa Najib tidak patut didapati bersalah atas semua tujuh tuduhan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera akan bersidang esok untuk membuat keputusan terhadap permohonan rayuan Najib.

Antara alasan dikemukakan Najib untuk dipertimbangkan ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang membuat keputusan mensabitkannya pada 28 Julai tahun lalu, gagal menimbangkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menipu dan memanipulasi akaun bank milik bekas Perdana Menteri itu.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok