Wanita hina Islam digari semasa dibawa ke mahkamah untuk didakwa

July 13, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita yang ditahan pihak berkuasa kerana menghina Islam di kelab sebelum ini dibawa ke kompleks mahkamah dalam keadaan bergari untuk didakwa pagi ini.

Tertuduh berusia 28 tahun itu dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam, ia ekoran penularan video yang memaparkan seorang wanita melakukan aksi menghina agama Islam dalam sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) sebelum ini.

Dua anggota polis mengiringi wanita tersebut yang memakai kot hitam dan baju kuning.

Teman lelaki wanita berkenaan berusia 38 tahun pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media sebelum ini melaporkan, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman empat hari sehingga hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya serta direman tiga hari hingga tempoh sama.

Wanita tersebut sebelum ini mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga menyatakan sedang menyiasat video itu, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara secara serta-merta lesen kelab komedi itu susulan tular video berkenaan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok