Wanita hadapi 50 tuduhan palsukan dokumen tender makanan RM21 juta

April 18, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini atas 50 pertuduhan memalsukan dokumen bagi mendapatkan tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak di asrama sekolah bernilai RM21 juta sekitar 2014 hingga 2018 lepas.

Rita Pengeran, 31, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Tertuduh didakwa dengan curang menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu penyata bank dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk mendapatkan perkhidmatan bekalan makanan bermasak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di beberapa daerah di negeri ini.

Memetik Bernama, tertuduh yang bekerja sendiri didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabat JPNS di sini, antara Ogos 2014 hingga November 2018.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin, selain turut diperintah melaporkan diri di pejabat SPRM Keningau; menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah; dan tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan sepanjang kes berjalan.

Mahkamah turut menetapkan 20 Jun tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Datu Baginda Datu Laja.

Sementara itu, seramai 10 individu lain mengaku salah di mahkamah sama atas kesalahan memalsukan dokumen iaitu penyata bank bagi tujuan mendapatkan tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak di asrama sekolah.

Mereka ialah Melinah Minus, 31; Yulles @ Osman Yakin, 40; Yunani Haikal, 38; Saliuddin Ariffin, 38; Juanis Yakin, 38; Marudin Andawai, 32; dan Kathlenawati Siambing, 49, dengan masing-masing berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama.

Ruslan Rasul, 36, dan Noryana Luciana Abdullah, 43, yang masing-masing berdepan dua tuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dan Eunus Likuran, 52, tiga pertuduhan di bawah seksyen sama yang dibacakan sekali dengan Seksyen 471 kanun sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan kesemua individu terbabit telah membayar denda tersebut.

Berita berkaitan
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
June 9, 2023· Politik
Perbicaraan 10 kes bekas Menteri Besar Perlis dari UMNO berjalan serentak
June 9, 2023· Isu semasa
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok