Wanita didenda RM56,000 guna dokumen palsu bagi laporan Mitra

September 21, 2022 · Isu semasa

Ketua pegawai pentadbiran sebuah syarikat didenda RM56,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan penyata akaun dan baucar bayaran palsu bagi penyediaan laporan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), tahun lepas.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap J. Jayasri Nair, 30, yang mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan dihadapinya dan memerintahkan wanita itu dipenjara 32 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah mengenakan denda RM20,000 manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, wanita itu didenda masing-masing RM18,000.

Mengikut pertuduhan pertama, Jayasri sebagai ketua pegawai pentadbiran Syarikat Famox Plantation (M) Sdn Bhd didakwa menggunakan penyata akaun bank syarikat itu di Agro Bank Berhad bertarikh 21 April 2021 yang palsu bagi penyediaan laporan di pejabat Mitra di Putrajaya pada 28 Julai 2021.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh menggunakan dua baucar palsu, masing-masing berjumlah RM6,400 bertarikh 3 Jan 2021 dan 23 Mei 2021 di tempat dan tarikh sama.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, syarikat tersebut telah menerima surat tawaran Geran Pembangunan Kewangan MITRA 2020 bagi Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarkat India B40 di Malaysia melalui bidang pertanian pada 5 Nov 2020 dengan peruntukan sebanyak RM1,206,030 melibatkan 120 peserta selama 40 hari.

Oleh itu, pihak syarikat dikehendaki menyediakan Laporan Berkala dan Laporan Akhir sebagai bukti penggunaan wang itu (RM1,206,030), namun wanita itu telah memalsukan penyata akaun bank syarikat dan dua baucar bayaran dalam laporan berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir memohon hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatan sama selain mengambil kira faktor kepentingan awam.

Peguam P.G. Cyril merayu agar anak guamnya tidak dipenjarakan atas alasan wanita itu mempunyai anak yang masih kecil, berusia enam bulan selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
14 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
14 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok