Wanita di Sentul bukan Zalina, kata polis

July 23, 2022 · Isu semasa

Wanita kedua yang didakwa mirip bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman yang ditemui di Sentul, Kuala Lumpur semalam, disahkan bukan pembaca berita itu yang dilaporkan hilang sejak 20 Nov tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil semakan identiti melalui cap jari wanita berkenaan mendapati dia bukan Orang Hilang (OH) yang dicari, lapor Bernama.

“Pihak polis Ibu Pejabat Daerah Shah Alam telah membawa wanita berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (UTC Shah Alam) dan hasil semakan mendapati wanita tersebut bukanlah OH yang dicari. Pengecaman oleh ahli keluarga juga didapati negatif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Setakat ini dua wanita dikatakan mirip Zalina Shaharah, telah ditemui masing-masing di Shah Alam dan Sentul pada Rabu dan Jumaat.

Individu yang didakwa dilihat di tiga lokasi di Seksyen 3, 9 dan 14, di sini disahkan seorang gelandangan manakala wanita yang ditemui di kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul pada 6 petang pada Jumaat itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Mohd Iqbal berkata pihaknya mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk mencari OH dan sebarang

maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia di talian 016-3375269.

Polis percaya Zalina Shaharah, 58, masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok