Wang punca suami tembak isteri

September 16, 2022 · Isu semasa

Pasangan suami isteri yang juga pesara Jabatan Perhutanan ditemui mati akibat tembakan, selepas bertengkar dipercayai berkaitan agihan wang hasil jualan tanah.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mazlana Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ini, di Kampung Machang Raja Labu, Tembeling Tengah.

Menurut BH beliau berkata polis menerima maklumat kejadian bunuh dan bunuh diri.

Beliau berkata, pesara Pejabat Perhutanan Jerantut, Baharuddin Abdul Aziz, 73, dipercayai menembak isterinya, Maimun Nong, 67, juga pesara Pejabat Perhutanan Jerantut.

Dua kemudian dipercayai menembak dirinya sendiri.

“Penghuni rumah berdekatan terdengar dua das tembakan dan wanita minta tolong kerana cedera ditembak.

“Jiran membawa wanita itu ke Hospital Jerantut dan mangsa meninggal di Hospital Jerantut,” katanya.

Katanya, suami wanita itu mempunyai lesen senjata api dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, penyewa inap desa milik pasangan berkenaan, Ahmad Yassin Abdul Rahman, 52, berkata beliau letupan dan beberapa minit kemudian terdengar satu lagi letupan.

“Saya pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya melihat seorang perempuan terbaring sambil minta tolong dan saya mengangkatnya untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Berita berkaitan
‘Geng San Sentosa’ tumpas, polis rampas empat pistol
September 16, 2022· Isu semasa
Caruman kepada isteri secara sukarela dan suami tidak wajib bayar: Perkeso
July 20, 2022· Isu semasa
Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17
July 18, 2022· Isu semasa
Tiga maut tembakan di AS
July 18, 2022· Dunia
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi
July 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
20 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok