Wang 1MDB AS$110 juta dipindah ke akaun dikawal Jho Low, kata saksi

June 9, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Razak mendedahkan transaksi arahan pindahan AS$110 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun dikawal Low Taek Jho atau Jho Low tanpa sebarang halangan.

Saksi Deustche Bank Malaysia (DBMB) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur wang tersebut dipindahkan ke akaun bernombor 111116073 milik Good Star Ltd di RBS Coutts Bank Ltd dikatakan milik Jho Low, ia diberitahu semasa perbicaraan sebelum ini.

Pembantu Naib Presiden, Bahagian Operasi Pasaran Global DBMB, Fatehah Md Salleh berkata menerima dokumen arahan pembayaran pertukaran mata wang asing itu untuk 1MDB kepada akaun pihak ketiga pada 27 Mei 2011.

Fatehah yang juga saksi ke-22 pendakwaan itu berkata arahan pembayaran berkenaan adalah kepada JP Morgan Chase New York ke akaun RBS Coutts Bank Ltd untuk dikreditkan ke akaun bernombor 111116073 melalui surat yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol AzralIbrahim Halmi.

Fatehah berkata, pasukannya kemudian memulakan pemeriksaan latar belakang melalui sistem PCR (penyelidikan pencegahan jenayah) dan ‘HotScan’ terhadap PetroSaudi serta RBS Coutts Bank Ltd Zurich.

“Laporan PCR dan HotScan ke atas syarikat itu mendapati tiada halangan (No Hit) untuk melakukan transaksi pemindahan wang,” katanya dipetik laporan BH.

Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa tiada sesiapa dalam Lembaga Pengarah 1MDB cuba mengesahkan pemilikan Good Star selepas AS$700 juta dipindahkan ke dalam akaun syarikat itu, dan bukannya ke dalam akaun PSI yang dikatakan syarikat induknya pada September 2009.

Shahrol Azral dalam keterangannya berkata, perkara itu tidak dibangkitkan walaupun dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 2 Oktober 2009 dan tiada sebarang cubaan untuk mengesahkan bahawa Good Star mempunyai kaitan dengan PSI.

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Pasaran Global Deustche Bank Malaysia (DBMB), Nur Hasnee Taha Mohd Nordin, berkata wang berjumlah RM3.487 bilion dipindahkan 1MDB kepada DBMB melalui lima transaksi Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) melalui akaun Bank RHB pada 30 September 2009.

Beliau berkata, wang itu dipindahkan oleh 1MDB bagi tujuan transaksi tukaran mata wang asing dengan membeli AS$1 bilion (RM3,487 bilion) di mana AS$700 juta kemudian dipindahkan ke RBS serta AS$300 juta didepositkan ke dalam akaun JP Morgan SA Geneva seperti yang diarahkan oleh 1MDB dan dipersetujui kedua belah pihak.

Nur Hasnee juga mengesahkan transaksi daripada 1MDB kepada Deutsche Bank pada 27 Mei 2011 dengan jumlah keseluruhan RM335.115 juta yang dipindahkan daripada akaun AmBank milik Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA)/1MDB.

Beliau berkata, pemindahan itu bertujuan untuk transaksi pertukaran wang asing bagi membeli mata wang AS sebanyak AS$110 juta (bersamaan dengan RM335.115 juta).

Katanya, ia kemudiannya dipindahkan ke akaun JP Morgan Chase Bank di New York, AS, dan ke akaun RBS Coutts Bank Ltd untuk dikreditkan ke nombor akaun 11116073 seperti yang diarahkan oleh TIA kepada Deutsche Bank.

Saksi itu memberikan keterangan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 68, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin depan.

Berita berkaitan
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
8 jam lalu· Politik
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
13 jam lalu· Politik
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
July 5, 2022· Politik
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
July 1, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
32 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
43 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
1 jam lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
2 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok