Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki

March 31, 2023 · Isu semasa

Rakyat marhaen yang berjalan kaki dari Tol Skudai di Johor Bahru untuk ke Istana Negara bagi menyerahkan surat pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terpaksa berhenti rehat seketika di Ayer Keroh, Melaka.

Norazlan Ismail, 49, terpaksa berhenti seketika kerana keadaan kakinya yang melecet.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam Facebook beliau malam tadi, sambil terus memberi sokongan kepada Norazlan.

“Saya berkesempatan menghubungi saudara Norazlan Ismail, seorang rakyat marhain yang sanggup berjalan sejauh 312 kilometer dari Tol Skudai, menuju ke Istana Negara, demi membawa misi pengeluaran caruman #KWSPbersasar.

“Beliau (Norazlan) memaklumkan berhenti rehat seketika berhampiran Ayer Keroh, Melaka walaupun keadaan kakinya melecet sedikit. Cuaca tidak menentu kadang kala hujan,” katanya yang sentiasa mengambil berat keselamatan dan kesihatan Norazlan.

Sebelum ini, beberapa ahli Parlimen PN, termasuk Wan Saiful sentiasa memperjuangkan pengeluaran caruman KWSP secara bersasar bagi membantu rakyat yang menderita selepas pandemik Covid-19, namun kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) tidak mempedulikannya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga bekas Ketua Penerangan Bersatu Malaysia berkata beliau bangga melihat Norazlan terus bersemangat meneruskan perjalanan membawa suara pencarum-pencarum KWSP yang menuntut pengeluaran secara bersasar.

“Saya lihat beliau tetap bersemangat meneruskan perjalanan. Anak-anak pendorong kekuatannya. Masy-Allah.

“Saya sempat berpesan agar beliau berhati-hati dan mendoakan segala urusan dipermudahkan. Amin,” katanya.

Terdahulu, dalam kenyataan lebih awal semalam, Wan Saiful menyalahkan sikap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih gagal memahami kesusahan rakyat dan mahu mengeluarkan caruman KWSP bersasar.

Katanya, ada pencarum yang terpaksa berjalan kaki beratus-ratus kilometer semata-mata untuk menarik perhatian mereka terhadap derita yang dihadapi.

“Saya sedih kerana kerajaan kayangan PH-UMNO tidak mengendahkan derita rakyat sehingga saudara Norazlan Ismail, seorang rakyat marhaen sanggup berjalan beratus kilometer untuk menarik perhatian kerajaan.

“Saya menyokong rayuan agar pengeluaran KWSP bersasar dibenarkan. Saya tidak faham kenapa PH-UMNO terus gagal memahami kesusahan rakyat marhaen dan amat antirakyat sehingga ada yang terpaksa tunjuk perasaan macam ni,” katanya.

Berita berkaitan
Hanya separuh pemohon program cagaran KWSP yang layak: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
Perhalusi isu kalimah Allah dengan cermat, titah Sultan Johor kepada kerajaan
May 24, 2023· Isu semasa
KWSP jual aset runcit di Lembah Klang dan Johor: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
Tular poster penganjuran ‘Gang Bang JB Party’, pihak berkuasa digesa bertindak
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok