Wan Junaidi sifatkan cadangan Perjanjian Malaysia baharu tak masuk akal

July 9, 2022 · Isu semasa

Usul untuk membuat satu Perjanjian Malaysia baharu adalah cadangan tidak masuk akal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata Perjanjian Malaysia sedia ada yang dikenali sebagai MA63, adalah perjanjian dan komitmen yang telah dipersetujui semua pihak semasa pembentukan Persekutuan Malaysia, menurut laporan Bernama.

Jelasnya apa yang dituntut Sabah dan Sarawak khususnya kini bukanlah untuk merunding semula perjanjian sedia ada tetapi menuntut perkara yang telah dipersetujui.

“Jika kita baca MA63 itu kita boleh lihat di situ letaknya janji-janji kita untuk menarik Sarawak dan Sabah untuk tubuh Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis simbolik penyerahan lembu korban bagi Parlimen Santubong di sini, hari ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika berucap pada Konvensyen BN Sabah di Penampang baru-baru ini mencadangkan agar kepimpinan BN negeri itu mengusulkan Perjanjian Malaysia baharu sebagai langkah lebih konkrit ke arah merealisasikan hak-hak dan tuntutan negeri sebagaimana yang termaktub dalam MA63.

Wan Junaidi berkata antara isi kandungan perjanjian MA63 untuk mempengaruhi Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada masa itu adalah pembangunan yang diketahui Semenanjung Malaysia lebih maju dari Sarawak.

“Ini adalah harapan semua pemimpin kita pada masa itu… adalah untuk Sarawak sama peningkatan pembangunan dengan Semenanjung,” katanya.

Berita berkaitan
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023· Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir meningkat di Sabah, Johor kekal
February 3, 2023· Isu semasa
Johor dan Sabah catat peningkatan mangsa banjir pagi ini
February 2, 2023· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Najib sentap dikritik berpakaian Hindu semasa melawat sambutan Thaipusam
January 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
211 kes, sifar kematian semalam
13 minit lalu · Isu semasa
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
12 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
12 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
13 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok