Wajarkah golongan pendidik berTikTok?

August 22, 2022 · Isu semasa

TikTok menjadi media sosial popular di Malaysia dengan meraih hingga 4 juta pengguna di Malaysia.

Platform TikTok kian menjadi pilihan pengguna media sosial untuk berkongsi aktiviti harian mereka dengan memuat naik video di akaun masing-masing.

Pelbagai peringkat umur kini aktif di platform berkenaan. Meskipun ada yang memandang sinis dengan TikTok namun hakikatnya banyak perkongsian yang memberi inspirasi, informasi dan boleh dijadikan iktibar.

Jadi, tidak hairanlah jika ada golongan profesional yang memilih TikTok untuk berkongsi ilmu antaranya pengamal perubatan, guru, dan ramai lagi.

Bagi golongan pendidik, mereka  beralih ke aplikasi sejak  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Pada peringkat awal, golongan pendidik sama ada peringkat sekolah rendah atau institut pengajian tinggi (IPT) menggunakan aplikasi ini dengan berkongsi ilmu tambahan seperti panduan belajar atau nota tutorial secara ringkas. Ia ternyata membantu pelajar kerana boleh ditonton berkali-kali.

Namun dari satu segi, golongan pendidik masih perlu mengawal keterujaan mereka terhadap media sosial sebegini. Misalnya, tidak manis untuk berkongsi proses pengajaran mereka secara langsung di medium itu.

Selain itu, pendidik tidak perlu menggunakan pelajar mereka sebagai kandungan TikTok mereka memandangkan hal itu akan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Bahkan netizen yang melihat perkongsian sebegitu seakan-akan lebih cenderung untuk meraih populariti.

Kita akui media sosial memiliki manfaat dan kebaikannya sendiri, namun tanpa kawalan kendiri yang baik ia hanya akan membawa keburukan. Justeru, sebagai tenaga pengajar betulkan niat dan jangan ulangi kesalahan sama.

Dalam pada itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihati golongan pendidik agar menggunakan aplikasi TikTok bagi tujuan pembelajaran dan bukan untuk mempopularkan diri.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata pihaknya menyokong penuh penggunaan media sosial khususnya TikTok jika ia digunakan bagi tujuan pembelajaran namun bukan secara langsung di dalam kelas secara bersemuka.

“Penggunaan media sosial khususnya secara langsung semasa waktu bertugas rasmi adalah sesuatu yang salah, apatah lagi jika ia lebih bersifat mempopularkan diri sendiri.

“Hal ini amat tidak sihat dan menyalahi peraturan serta patut dihentikan. Demi menjaga imej profesion keguruan, pihak pentadbir sekolah dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) perlu bertindak tegas,” katanya.

Beliau berkata semasa di dalam kelas, guru sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kepada murid yang berada di depan mata secara fizikal.

Aminuddin berkata, ramai guru ketika ini terdiri daripada generasi Y dan Z yang membesar dengan media sosial namun mereka perlu patuh kepada garis panduan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Beliau turut menyarankan golongan pendidik agar menggunakan media sosial bagi memuat naik isi kandungan yang berkaitan dengan pendidikan secara ringkas dan padat untuk pengukuhan murid di luar waktu persekolahan.

Berita berkaitan
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
October 3, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok