Wad separa kritikal HRPZ II ditukar jadi ICU, pesakit di Kelantan melonjak

June 1, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Kelantan sudah penuh hingga mencecah 97 peratus dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) terpaksa menjadikan wad separa kritikal hospital itu sebagai ICU tambahan.

Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata langkah itu susulan lonjakan kes baharu harian Covid-19 yang tinggi di negeri ini menyebabkan pihaknya terpaksa meningkatkan kapasiti katil di ICU sedia ada.

“Sekarang kapasiti penggunaan katil ICU mencapai tahap maksimum antara 95 hingga 97 peratus. Jadi kami mengambil inisiatif untuk menjadikan wad separa sebagai ICU dengan tambahan 22 buah katil.

“Keperluan tambahan ini perlu memandangkan kami juga menerima kes-kes kecemasan membabitkan pembedahan, ibu bersalin atau anak-anak kecil melibatkan kes trauma dan sebagainya,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan 2,780 pelitup muka daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kelantan yang diwakili pengerusinya, Datuk Syamsuri Awang Mat di HRPZ II.

Mengulas lanjut, Dr Selasawati berkata pihaknya akan turut bekerjasama dengan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu untuk menempatkan pesakit bukan Covid-19 yang memerlukan rawatan di ICU.

“Disebabkan kes-kes di ICU semakin meningkat, kita perlu semak semula untuk menerima kes-kes yang memerlukan bantuan pernafasan atau rawatan rapi, jadi kita harap dengan adanya kerjasama ini nanti sekurang-kurangnya ia dapat membantu.

“Sebab itu persediaan ICU adalah perlu bukan sahaja untuk tampung kes Covid-19 tetapi termasuk juga pesakit bukan Covid-19,” katanya.

Selain itu menurut beliau bagi mengurangkan pergerakan pesakit ke hospital, pihaknya turut menyediakan pemberian bekalan ubat secara pos.

“Kita meningkatkan pemberian bekalan ubat dari tempoh sebulan menjadi tiga bulan. Bagaimanapun, sekiranya berlaku kecemasan atau gejala, mereka perlu datang ke hospital,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok