VTL Malaysia-Singapura dibuka semula, kuota tiket dikurangkan

January 21, 2022 · Isu semasa

Kerajaan menarik balik penggantungan sementara inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura pada 23 Disember lalu, berkuat kuasa hari ini.

Sehubungan itu, tiket bas dan penerbangan bagi VTL dijual semula hari ini, namun kuotanya dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya penumpang yang telah membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari 2022 sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat, masih dibenarkan meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif VTL mengikut kuota ditetapkan sebelum ini.

Keputusan membuka semula inisiatif VTL darat dan udara itu dibuat hasil penilaian risiko yang dilaksanakan berdasarkan situasi semasa Covid-19 di kedua-dua negara.

Pada 23 Disember lalu, Malaysia dan Singapura menggantung sementara penjualan tiket VTL udara dan darat hingga semalam susulan ancaman varian Omicron Covid-19.

Mengulas lanjut Khairy menegaskan garis masa mengenai peningkatan kuota jualan tiket VTL laluan darat dan udara bergantung kepada penilaian risiko dari semasa ke semasa secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan situasi Covid-19 di kedua-dua negara.

Beliau turut mengingatkan pengembara yang menggunakan platform VTL supaya melakukan ujian pantas antigen (RTK-Ag) kendiri pada hari kedua, keempat, dan keenam selepas ketibaan atau RTK-Ag profesional pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan.

Langkah itu selaras dengan pengumuman KKM sebelum ini berhubung tindakan pengukuhan kepada langkah-langkah pencegahan Covid-19 dan kawalan sedia ada bagi pengembara dari luar negara termasuk yang tiba di pintu masuk antarabangsa Malaysia melalui inisiatif VTL, katanya lagi.

“KKM menyarankan semua pengembara supaya bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Lakukan ujian pengesanan Covid-19 mengikut ketetapan yang digariskan bagi mengetahui status risiko diri sendiri dan seterusnya mampu mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain,” katanya.

Khairy berkata saranan itu bagi memastikan perjalanan rentas sempadan membabitkan VTL Malaysia-Singapura dapat terus dilaksanakan dengan selamat.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Popular
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok