Volum trafik tinggi jejaskan perkhidmatan Maybank

April 25, 2022 · Isu semasa

Maybank hari ini memohon maaf susulan gangguan kepada beberapa perkhidmatan perbankan terpilih yang dilaporkan bermula pada jam 9 pagi tadi.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, gangguan itu adalah susulan volum trafik tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh platformnya.

Susulan itu, perkhidmatannya menerusi web Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan penggunaan kad debit mula mengalami kelembapan bermula dari 9 pagi hari ini.

“Maybank ingin memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami gangguan perkhidmatan di web Maybank2u, M2U App, MAE App dan penggunaan kad Debit hari ini.

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan sebaik mungkin. Kami jamin bahawa baki dan butiran akaun anda akan kekal utuh dan selamat dengan kami,” kata kenyataan itu.

Maybank berkata, pihaknya memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan berkenaan.

“Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus mengemas kini maklumat secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U,” tambah jurucakap itu.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi melalui platform media sosialnya.

Berita berkaitan
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Zahid akui Muhyiddin miliki majoriti awal jadi PM, 10 SD ditandatangani MP BN: Laporan
January 11, 2023· Politik
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS
October 11, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran terus catat penurunan kepada 3.7 peratus
September 9, 2022· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok